Pilih Bantuan Kemanusian Syria Anda
Rasulullah Bersabda "Tidak akan berkurang harta dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kemuliaan baginya."(HR Muslim)
Sila pilih kempen di bawah untuk mula menderma.
Sekolah Jasmine Ash Sham adalah sebuah sekolah pelarian Syria yang pertama di Malaysia; ianya adalah sebuah projek dibawah Malaysia For Syria (MFS) yang ditubuhkan pada 2016 sehingga dan kini menempatkan lebih 105 orang pelajar Syria yang berumur dari 4 tahun sehingga 18 tahun di Setiawangsa, Kuala Lumpur.
Tujuan penubuhan sekolah ini adalah untuk membela nasib pendidikan anak-anak Syria yang telah melarikan diri dari negara mereka yang kian bergolak. Subjek yang dipelajari oleh anak-anak Syria di sekolah ini adalah Pendidikan Islam, Bahasa Arab, Matematik, Sais, Bahasa Mandarin, Bahasa Melayu dan sebagainya mengikut silibus Cambridge.
Dermawan yang budiman,
Saban tahun jumlah pelajar Syria di sekolah Jasmine Ash Sham kian meningkan dan membuatkan kos operasinya semakin meningkat.
Kos operasi yang termasuk:
- Kos pendidikan (buku dan alat tulis)
- Kos bill (eletrik, air dan coway)
- Kos minyak dan tol bus sekolah
- Kos penyelenggaraan
- Kos pengurusan
Sasaran bulanan RM50000.00
Mengapa Sekolah Jasmine Ash Sham perlu dibantu?
1. Sekolah ini dibiaya sepenuhnya oleh MFS.
2. Sumbangan anda bakal meneruskan proses pendidikan anak-anak Syria.
3. Secara tak langsung, anda membangunkan negara Syria itu sendiri.
4. Pahala berpanjangan (insyaAllah!)
Kami berdoa semoga setiap sen yang anda (dermawan yang budiman) kongsikan akan diterima Allah dan menjadi amal jariah yang berpanjangan, Amin. Sama-sama kita berdoa semoga Allah membuka pintu hati rakyat Malaysia agar sentiasa bermurah hati untuk #BerkongsiRezeki melalui Malaysia for Syria. Amin Ya Rabb.