Pilih Bantuan Kemanusian Syria Anda
Rasulullah Bersabda "Tidak akan berkurang harta dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kemuliaan baginya."(HR Muslim)
Sila pilih kempen di bawah untuk mula menderma.
Jadikan Sedekah Subuh Amal Pertama Yang Anda Lakukan Selepas Bangun Tidur!
Nak Tahu Kenapa? Ini sebabnya…
Setiap pagi, dua malaikat berdoa. Satu malaikat mendoakan orang-orang yang berinfak, satu malaikat lagi mendoakan orang-orang yang bakhil.
Tidaklah ada suatu hari pun di mana hamba-hamba Allah masuk pada waktu pagi harinya, kecuali ada dua malaikat yang turun. Maka salah satu di antara mereka berdoa, “Ya Allah berikanlah ganti kepada orang-orang yang berinfak.” Dan malaikat yang lainnya berdoa, “Ya Allah berikanlah kerugian kepada orang-orang yang menahan hartanya.” – (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
SubhanAllah! Amal subuh yang luar biasa dan InsyaAllah, dari RINGGIT ke SYURGA.
Malaysia For Syria membuka peluang amal untuk para dermawan sekalian melalui kempen “SEDEKAH SUBUH SYRIA”. Kempen yang bertujuan untuk menggalakkan orang ramai bersedekah pada waktu subuh. Hasil infak yang terkumpul akan dimasukkan ke dalam kempen-kempen yang memerlukan bagi mencukupkan dana sumbangan seperti:-
- Tabung Wakaf Masjid
- Tabung Wakaf Telaga
- Tabung Wakaf Sejadah & Al-Quran
- Tabung Pendidikan Jasmine Ash Sham
- Tabung Misi Musim Sejuk / Ramadan Al Habeeb
- dan sebagainya.
Ayuh, mulakan pagi dengan sedekah subuh! Mudah-mudahan para dermawan yang menyumbang memperoleh keberkatan hidup dan rezeki mengalir tak putus. Aminnn!