Langgan Newsletter Kami
Dapatkan info dan perkembangan terkini dari kami terus ke inbox anda.
9 tahun sejurus krisis kemanusiaan di Syria bermula sejak Mac 2011, anggaran seramai 13.5 juta orang kini memerlukan beberapa bentuk bantuan kemanusiaan. Sejumlah 6.5 juta orang, yang mana 2.8 juta adalah terdiri daripada kanak-kanak dan 1.4 juta daripadanya adalah kanak-kanak usia sekolah.
Krisis ini telah memberi kesan besar terhadap kanak-kanak pelarian Syria akan hak pendidikan yang sepatutnya mereka peroleh. Sekiranya mereka tidak kembali ke sekolah, maka akan hilangnya modal insan khususnya buat umat Islam.
Dengan mengambil sikap peduli dan prihatin, Malaysia For Syria (MFS) telah menubuhkan sebuah pusat pendidikan pada Januari 2016 khas buat kanak-kanak pelarian Syria yang berada di Malaysia. Namun begitu, kesan dari pandemik Covid-19 yang telah menular ke seluruh dunia telah menyebabkan kanak-kanak ini khususnya yang sedang mendapatkan pelajaran di Pusat Bimbingan Alternatif Jasmine Ash Sham tidak mampu meneruskan pembelajaran mereka dengan sempurna.
Kepada para Dermawan yang budiman jom bantu kami untuk menjayakan kempen Infak Vaganza ini.Dana sumbangan diperlukan : RM 62,400 . Atau anda boleh sahaja menderma serendah RM12.12. Berikut adalah jenis bantuan yang diperlukan:
- Bantuan Pakaian Sekolah : RM 195/ pelajar
- Buku-Buku Sekolah : RM 260/pelajar
- Alat Tulis : RM 65/pelajar
Tarikh tutup sumbangan : 31 January 2021
Silakan klik pada butang donate now.
Atau salurkan sumbangan anda ke akaun Malaysian Life Line for Syria Berhad untuk berkongsi rasa kasih dan simpati kita buat kanak-kanak pelarian Syria bagi mendapatkan hak pendidikan yang selayaknya:
+ MAYBANK : 5648-1051-3971
+ BANK ISLAM : 1421-0010-0098-82
+ AFFIN BANK : 1050-4003-0883
+ BANK RAKYAT : 1111-5100-1155
Ref: Back2SchoolSyria
Maka dengan lafaz bismillah, Ayuh kita mulakan.
Maklumat Perhubungan:
Pejabat Malaysia For Syria : +603-41443441
Unit Pendermaan : +6019-2553441
Email : donation@malaysia4syria.org
Kami mendoakan agar setiap sen yang anda (dermawan yang budiman) kongsikan akan diterima Allah dan menjadi amal jariah yang berpanjangan, Amin.