EN | MS

INFAK


Sekarang

MFScare : Tabung Banjir Malaysia

0.0
0.0/5
0 Penilaian
5/5
23 Orang telah infak

Sasaran : RM 250,000 | Terkumpul : RM625

0%

Kongsikan :

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on pinterest

Pilih Bantuan Kemanusian Syria Anda

Rasulullah Bersabda "Tidak akan berkurang harta dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kemuliaan baginya."(HR Muslim)

Sila pilih kempen di bawah untuk mula menderma.

Clear

BERAT SAMA DIPIKUL RINGAN SAMA DIJINJING 

Saban tahun musibah banjir ini semakin membimbangkan seluruh rakyat Malaysia. Lebih 10 juta daripada 33 juta penduduk negara ini terutama yang tinggal di pantai timur dijangka terkesan dengan bencana banjir yang diramal melanda mulai November ini hingga awal tahun depan. [Sumber: Utusan Malaysia, Sept 2022]

Tidak hanya terkesan di kawasan luar bandar malah bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Selangor juga turut terjejas teruk. 

Sudahlah tempat tinggal, infrastruktur awam, premis perniagaan rosak dan diselaputi selut tebal, barangan keperluan asas pula dihanyutkan oleh arus banjir.  

Ditambah pula dengan kurangnya akses keluar masuk di kawasan yang terjejas kerana selut tebal serta pengangkutan yang rosak akibat tenggelam ketika banjir menyukarkan bagi mereka untuk mencari keperluan asas dan makanan. 

Oleh itu, kami dari Malaysia for Syria dengan kerjasama Global Peace Mission Malaysia menyeru anda untuk bersama-sama menjayakan Tabung Banjir Malaysia ini. Di mana dana yang terkumpul akan disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir yang terkesan. 

Berikut adalah jenis bantuan keperluan banjir yang bakal diagihkan kepada mangsa banjir:

  • Alat Mencuci: RM 100 
  • Alat Kebersihan: RM 150 
  • Alat Perubatan: RM 150 
  • Makan Ready to Eat: RM 100  
  • Infak Seikhlas Hati 

Allah SWT berfirman yang bermaksud:  

“Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai kebajikan (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi. Sesuatu apa jua yang kamu dermakan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.” (Ali Imran: 92) 

Sesungguhnya sangat besar ganjaran Allah SWT berikan kepada hamba-Nya yang bersedekah. Semoga sumbangan yang anda salurkan memberi manfaat kepada mangsa banjir yang sangat memerlukan in sya Allah.  


*Nota: Resit pelepasan cukai tidak disediakan.

Penilaian & Ulasan Dermawan

{{ reviewsTotal }} Review
{{ reviewsTotal }} Reviews
{{ options.labels.newReviewButton }}
{{ userData.canReview.message }}
0
    0
    Infak Anda
    Tiada Infak LagiLihat Semua Kempen