Bantuan Kecemasan : Palestin

RM543,418 of RM550,000 raised
RM
Caj Transaksi Payment Gateway Billplz .
Select Payment Method
Personal Info

Donation Total: RM15.00

Bantu Sebarkan

Kami amat-amat menghargai tuan puan untuk sebarkan kempen derma ini ke media sosial dibawah. Ianya sedikit sebanyak membantu menjayakan kempen ini. Klik pada mana-mana butang di bawah:

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp

BANTUAN KECEMASAN : PALESTIN

[PENTING DAN SEGERA]

Kita maklum mengenai serangan yang berlaku di Masjid al-Aqsa dan juga tindakan menghalau penduduk di Sheikh Jarrah di Timur Jurusalem telah menyebabkan tekanan dan juga kemarahan umat Islam memuncak.

Apatah lagi ia dilakukan Ketika Umat Islam sedang menjalani saat-saat sepuluh malam yang terakhir di Bulan Ramadan.

Mustahil dhomir dan jiwa kemanusiaan kita tidak terkesan dengan derita yang dilalui sahabat-sahabat kita di sana.

Mereka sedang bergadai nyawa mempertahankan kiblat pertama Umat Islam daripada pencerobohan dan penguasaan rejim zalim Israel

Hampir dua ratus mereka yang telah tercedera dan serangan demi serangan seakan masih terus memuncak. Kami telah berhubung dengan Saudara Nadir al-Nuri, satu-satunya rakyat Malaysia yang kini berada di sana dan menyaksikan sendiri keadaan yang sedang berlaku.

Beliau telah bersetuju untuk  Malaysia for Syria (MFS) turut bersama Global Peace Mission (GPM) Malaysia dalam perjuangan Al-Aqsa pada kali ini.

Kita harus bertindak SEKARANG.

Wanita turut menjadi mangsa dalam serangan ini.

Keadaan ketika serangan sedang berlangsung.

Maruah Umat Islam sedang dihenyak dan dipijak. Tanpa belas sang ibu diheret keluar dari rumah mereka pada dini hari. Tangisan anak-anak memcah kesunyian malam-malam terakhir Ramadan. Anak-anak muda al-Aqsa tanpa gentar terus turun mengimarahkan Masjid al-Aqsa dan terus mempertahankannya.

Mereka mungkin sahaja tiada juadah untuk sahur dan iftar. Mereka diserang dan cedera serta memerlukan bantuan perubatan segera. Mereka yang dihalau keluar memerlukan tempat perlindungan segera.

Rakan di lapangan sedia untuk mengatur semua itu selagi kudrat dan nyawa masih di jasad. Kita tidak punya banyak masa. Mengejar baki terakhir Ramadan. Sedang mereka di sana sedang berjuang habis-habisan.

Sahabat-sahabat, ini jihad kita bersama.

Ayuh, kita mulakan unjuk rasa dan laksanakan sesuatu. Demi mempertahankan maruah agama ini.

Bismillah. Bantuan yang Malaysia For Syria akan salurkan bagi Tabung Bantuan Kecemasan : Palestin:

  • Bantuan Perubatan : RM100.00
  • Bantuan Hot Meal : RM15.00
  • Bantuan Kotak Makanan : RM150.00
  • Atau infak seikhlas hati.

Silakan klik pada pautan DONATE NOW  atau ke akaun Malaysian Life Line for Syria Berhad.

✨ MAYBANK : 5648-1051-3971
✨ BANK ISLAM : 1421-0010-0098-82
✨ AFFIN BANK : 1050-4003-0883
✨ BANK RAKYAT : 1111-5100-1155
Ref: BantuPalestin

Maklumat Perhubungan:
📞 Pejabat Malaysia For Syria : +603-41443441
📞 Unit Pendermaan : +6019-2553441 (Whatsapp Sahaja)
📩 Email : donation@malaysia4syria.org

Semoga setiap sen yang dikeluarkan untuk meringankan beban mereka, Allah SWT memudahkan urusan seharian anda semua. Aminn inshaaAllah.


Nota : Resit pelapasan cukai tidak disediakan.


Tuan puan boleh tinggalkan mesej dibawah...