EN | MS

INFAK


Sekarang

Bantuan Pendidikan Souzan & Mohamad

0.0
0.0/5
0 Penilaian
5/5
147 Orang telah infak

Sasaran : RM 109,408 | Terkumpul : RM6,228

6%

Kongsikan :

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on pinterest

Pilih Bantuan Kemanusian Syria Anda

Rasulullah Bersabda "Tidak akan berkurang harta dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kemuliaan baginya."(HR Muslim)

Sila pilih kempen di bawah untuk mula menderma.

Clear

JOM, BANTU ANAK-ANAK SYRIA CAPAI IMPIAN MEREKA!

Demi menyahut seruan “Pendidikan adalah Hak Asasi” untuk kanak-kanak/remaja seluruh dunia, kami di Malaysia For Syria berbesar hati untuk melancarkan kempen BANTUAN PENDIDIKAN SOUZAN & MOHAMAMAD. 

Alhamdulillah, dua orang anak Syria kami yang merupakan bekas pelajar Sekolah Jasmin Ash Sham telah mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaaan iGCSE. Rezeki mereka juga, baru-baru ini telah mendapat tawaran menyambung pengajian ke peringkat Asasi di Universiti Islam Antarabangsa.  

Malangnya, kos pengajian agak tinggi hingga keluarga tak mampu untuk menanggung semua itu. Apatah lagi, mereka bukan warganegara Malaysia yang dengan semudahnya boleh membuat pinjaman atau tajaan pendidikan seperti anak-anak Malaysia. 

Berikut adalah butiran biodata Souzan dan Mohamad:- 

Biodata Pelajar Pertama:
Nama : Souzan Salem Altahan 
Tarikh Lahir : 2/10/2003 
Kewarganegaraan : Syria 
Pencapaian : Wakil kelab perbahasan dalam Bahasa Inggeris, Ketua Kelab Menjahit 
Keputusan iGCSE adalah seperti berikut:  

  1. Kimia : A* 
  2. Fizik : A* 
  3. Biologi : A* 
  4. Matematik : A* 
  5. Bahasa Arab : A* 
  6. Bahasa Inggeris : A*  

Biodata Pelajar Kedua:
Nama : Mohamad Mazen Al Bunni 
Tarikh Lahir : 1/7/2004 
Kewarganegaraan : Syria 
Pencapaian : Ketua Kelab Al-Quran, Anugerah Tahfiz. 
Keputusan iGCSE adalah seperti berikut:  

  1. Kimia : A* 
  2. Fizik : A* 
  3. Biologi : A* 
  4. Matematik : A* 
  5. Bahasa Arab : A* 
  6. Bahasa Inggeris : B 

Malaysia For Syria mengsasarkan sejumlah RM109,408.00 bagi menampung kos yuran pengajian, elaun belajar (1 tahun) dan kos hostel (1 tahun) untuk kedua-dua orang pelajar ini.

Slot tajaan kami buka seperti berikut:  

  • RM250 / Slot Yuran 
  • RM50 / Elaun Belajar 
  • RM165 / Kos Hostel  
  • Infak seikhlas hati. 

RM20,000 diperlukan segera sebelum 1 Julai 2022 bagi pembayaran deposit  

Sebagaimana Firman Allah Ta’ala :

رَبِّ لَوْلَا أَخَّرْتَنِي إِلَى أَجَلٍ قَرِيبٍ فَأَصَّدَّقَ

Wahai Tuhanku, sekiranya Engkau berkenan menunda [kematian]ku sedikit waktu lagi, maka aku dapat bersedekah…” {QS. Al Munafiqun: 10}

Ayuh, kongsi rezeki bersama anak-anak Syria sambil bantu mereka mencorak masak depan Syria satu hari nanti!   

Sumbangan anda amat berharga buat insan seperti mereka. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan rezeki tanpa putus buat dermawan yang sudi berinfak untuk Syris. Amin.

Penilaian & Ulasan Dermawan

{{ reviewsTotal }} Review
{{ reviewsTotal }} Reviews
{{ options.labels.newReviewButton }}
{{ userData.canReview.message }}
1
    1
    Infak Anda
    Year End Sedekah [YES] 2023 - 1 SLOT
    1 X RM20.23 = RM20.23