Langgan Newsletter Kami
Dapatkan info dan perkembangan terkini dari kami terus ke inbox anda.
Video-video hujan lebat dan banjir besar melanda Pahang yang tular di media sosial semenjak beberapa minggu lalu telah mewujudkan rasa bimbang dan risau terhadap rakyat Malaysia terutama NGO-NGO Kemanusiaan tempatan. Seramai 19,527 mangsa daripada 5,198 keluarga kini ditempatkan di 247 pusat pemindahan sementara (PPS) di sembilan daerah di negeri Pahang. Melihatkan keadaan yang semakin meruncingkan, dijangkakan akan berlakunya penambahan mangsa-mangsa bencana ini.
Mendapat perkhabaran tentang adanya beberapa mangsa yang telah terkorban, MFSCare sekali lagi bertindak respon terhadap tragedi banjir besar ini bagi memastikan pengurangan mangsa terjejas dan mangsa terkorban disebabkan oleh bencana banjir besar ini.
Dermawan yang disayangi Allah,
Kami mahu laksanakannya lagi tahun ini. Sudikan diri kalian untuk bersama kami ya? Mereka memerlukan kita agar mereka tidak kehilangan setiap satu ahli keluarga setiap hari. Berikut adalah butiran sumbangan untuk bagi tabung Misi Bantuan Bencana Banjir 2021 :
InshaaAllah, semoga rasa simpati yang Allah titipkan dalam hati kita buat mereka yang sangat memerlikan ini sudah tersedia ganjarannya di Syurga kelak. Amin Ya Rabb.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
Maksudnya: “Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya.”
( Riwayat Muslim al-Nasa’i, al-Tirmizi dan Abu Daud )
Tarikh tutup : 14-2-2021
Silakan klik pada pautan "Donate Now" atau ke akaun Malaysian Life Line for Syria Berhad untuk berkongsi rasa kasih dan simpati kita buat mereka. Bismillah, Semoga Allah Redha.
+ MAYBANK : 5648-1051-3971
+ BANK ISLAM : 1421-0010-0098-82
+ AFFIN BANK : 1050-4003-0883
+ BANK RAKYAT : 1111-5100-1155
Ref: BantuPahang
Maklumat Perhubungan:
Pejabat Malaysia For Syria : +603-4144 3441
Unit Pendermaan : +6019-255 3441
Email : donation@malaysia4syria.org
Kami berdoa semoga setiap sen yang anda (dermawan yang budiman) kongsikan akan diterima Allah dan menjadi amal jariah yang berpanjangan, Amin. Sama-sama kita berdoa semoga Allah membuka pintu hati rakyat Malaysia agar sentiasa bermurah hati untuk #BerkongsiRezeki melalui Malaysia for Syria. Amin Ya Rabb.