Emergency Appeal : High Risk Pregnancy

RM875 of RM15,000 raised
RM
Caj Transaksi Payment Gateway Billplz .
Select Payment Method
Personal Info

Donation Total: RM200.00

{amount} donation plus {fee_amount} to help cover fees.

Bantu Sebarkan

Kami amat-amat menghargai tuan puan untuk sebarkan kempen derma ini ke media sosial dibawah. Ianya sedikit sebanyak membantu menjayakan kempen ini. Klik pada mana-mana butang di bawah:

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp

EMERGENCY APPEAL : KOS PERUBATAN HOSPITAL UNTUK TEACHER SARAH & UMMU AULAA'
Tabung bantuan kos "High Risk Pregnancy".

Kisah Teacher Sarah.

Beliau berusia 37 tahun merupakan salah seorang pelarian Syria yang telah menetap di Malaysia selama 3 tahun. Kini, demi meneruskan kelangsungan hidup beliau bekerja di Jasmine Ash Sham Alternative Education Centre yang merupakan sekolah anak-anak pelarian Syria.

Beliau seorang guru yang berdedikasi mengajar anak bangsanya yang berada di Malaysia. Walaupun dalam keadaan sarat mengandung dengan status “high risk pregnancy”, beliau tetap semangat hadir bekerja demi menanggung keluarganya. Suaminya seorang peniaga namun diuji dengan ketidakmampuan untuk membayar sewa kedai sehingga perniagaan yang dijalankan olehnya terpaksa dihentikan.

Teacher Sarah mempunyai sejarah melahirkan anak secara pembedahan sebanyak 4 kali.Dalam kegembiraan untuk menyambut ahli baru beliau runsing apabila doktor mengesahkan beliau perlu melahirkan anak secara pembedahan juga pada kali ini disebabkan risiko penyakit yang dialaminya iaitu thalassaemia dan arrhythmia. Dalam keadaan serba kekurangan dan hanya berbaki 2 bulan sahaja lagi untuk melahirkan anak beliau sangat risau apabila memikirkan kos perubatan yang bakal ditanggung olehnya iaitu sebanyak RM7,000.

Kisah Ummu Aulaa'

Beliau sudah menetap di Malaysia hampir 4 tahun yang asalnya dari Aleppo, Syria bersama suami dan mertuanya. Ummu Aulaa' dan keluarganya meneruskan kehidupan di Malaysia sebagai pembuat roti di kediaman mereka yang daif. Bayangkan, Ummu Aulaa' dan suami terpaksa membuat roti bersama 2 warga emas (mertuanya) demi mencari sesuap nasi. Jika mereka berwang, tentu Ummu Aulaa' tidak akan benarkan mertuanya bekerja.

Bukan mudah untuk meneruskan kehidupan di Malaysia; Hari demi hari, permintaan roti semakin berkurang pandamik Covid-19 yang membuatkan pendapatan mereka terjejas. Beliau lebih rungsing apabila doktor mengesahkan bahawa kandunganya adalah "high risk pregnancy".

Ummu Aulaa' mempunyai sejarah melahirkan seorang puteri yang comel secara pembedahan. Dalam keadaan serba kekurangan dan hanya berbaki 2 bulan setengah sahaja lagi untuk melahirkan anak beliau sangat risau apabila memikirkan kos perubatan yang bakal ditanggung olehnya iaitu sebanyak RM7,000.

Dermawan yang budiman,
Berstatus pelarian bukanlah satu pilihan. Mereka tidak memilih untuk menjadi pelarian. Malah, mereka terpaksa untuk menjadi pelarian dek peperangan di negara yang bergolak itu (Syria). Oleh itu, dengan rendah hati Malaysia For Syria ingin mengajak anda untuk sama-sama kita membantu Ummu Sarah dan Ummu Aulaa' bagi memudahkan process bersalin.

  • Bantuan Kos Perubatan Hospital : RM200/Slot
  • Bantuan Barang Bayi : RM100/Slot
  • Sasaran : RM15,000

Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa memudahkan orang yang dalam kesulitan, ALLAH memudahkannya di dunia dan akhirat." (Riwayat Ibnu Majah)

Silakan klik pada pautan "Donate Now" atau ke akaun Malaysian Life Line for Syria Berhad untuk berkongsi rasa kasih dan simpati kita buat mereka. Sumbangan RM1, RM5..semua bermakna buat mereka. Bismillah, Ayuh kita mulakan.

MAYBANK : 5648-1051-3971
BANK ISLAM : 1421-0010-0098-82
AFFIN BANK : 1050-4003-0883
BANK RAKYAT : 1111-5100-1155

Maklumat Perhubungan:
Pejabat Malaysia For Syria : +603-41443441
Unit Pendermaan : +6019-2553441

Kami berdoa semoga setiap sen yang anda (dermawan yang budiman) kongsikan akan diterima Allah dan menjadi amal jariah yang berpanjangan, Amin. Sama-sama kita berdoa semoga Allah membuka pintu hati rakyat Malaysia agar sentiasa bermurah hati untuk #BerkongsiRezeki melalui Malaysia for Syria. Amin Ya Rabb.