Extending Your Help Covid-19 : Refugee Chapter

RM37,759 of RM120,000 raised
RM
Caj Transaksi Payment Gateway Billplz .
Select Payment Method
Personal Info

Donation Total: RM120.00

{amount} donation plus {fee_amount} to help cover fees.

Bantu Sebarkan

Kami amat-amat menghargai tuan puan untuk sebarkan kempen derma ini ke media sosial dibawah. Ianya sedikit sebanyak membantu menjayakan kempen ini. Klik pada mana-mana butang di bawah:

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp

“Saya nak tanya, adakah sedikit bantuan makanan untuk kami? Sudah 3 hari kami tidak mempunyai bekalan makanan hatta sebiji roti pun tidak ada dirumah ini. Tolong bantu kami ustaz”, Rayu seorang pelarian Syria kepada kami dengan nada sedih.

Inilah sebahagian dari perbualan sebuah keluarga Syria dengan tim Malaysia For Syria (MFS) baru – baru ini.

Runtun hati kami apabila mendengar masih ada diantara mereka terpaksa mengikut perut disebabkan tidak mempunyai wang untuk membeli barangan makanan.

Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasa pada 18 Mac tempoh hari ramai pelarian mula terjejas dari sudut pendapatannya. Kebanyakkan daripada mereka hanya bergaji hari untuk menampung sara hidup keluarganya.

Mengikut statistik yang dikeluarkan Oleh UNHCR pada Februari 2020, lebih 178,000 pelarian yang telah berdaftar di bawah UNHCR, Kebanyakkan dari mereka terdiri dari pelbagai negara yang terpaksa berpindah disebabkan beberapa faktor antaranya Konflik peperangan, Kemiskinan, Penganiayaan dan lain-lain lagi.

Oleh itu, atas dasar prihatin terhadap situasi yang berlaku kini, Malaysia For Syria (MFS) dengan kerjasama Cinta Syria Malaysia dan Malaysian Humanitarian Aid and Relief - MAHAR telah melancarkan tabung Extending Your Help Covid-19 : Refugee Chapter.

Tabung ini khusus bagi membantu golongan berstatus pelarian yang tidak mempunyai pendapatan untuk membeli bekalan makanan.

Sasaran sumbangan untuk kempen ini berjumlah RM120,000 diperlukan untuk menjayakan kempen ini. Bantuan yang akan disalurkan kepada mereka adalah kotak makanan yang berjumah RM120. Kotak makanan ini dapat bertahan selama 2-4 minggu.

RM120/Kotak Makanan

Ayuh! Mari kita bersama-sama berkongsi rezeki dan #KongsiGaji bagi membantu mengurangkan bebanan yang dihadapi oleh mereka,

Silakan klik pada pautan "Donate Now" atau ke akaun Malaysian Life Line for Syria Berhad untuk berkongsi rasa kasih dan simpati kita buat mereka. Sumbangan RM1, RM5..semua bermakna buat mereka. Bismillah, Ayuh kita mulakan. Maka dengan lafaz Bismillah, mari kita mulakan.

MAYBANK : 5648-1051-3971
BANK ISLAM : 1421-0010-0098-82
AFFIN BANK : 1050-4003-0883
BANK RAKYAT : 1111-5100-1155

Maklumat Perhubungan:
Pejabat Malaysia For Syria : +603-41443441
Unit Pendermaan : +6019-2553441

Email : donation@malaysia4syria.org

Percayalah, kita tidak tahu mana satu amal kebaikkan yang dilakukan akan di angkat di akhirat kelak untuk membawa kita ke syurga Firdausi. Semoga Allah merahmati anda. Amin.