Fafau4Syria : Misi Musim Sejuk Syria 10.0

RM1,255 of RM100,000 raised
RM
Caj Transaksi Payment Gateway Billplz .
Select Payment Method
Personal Info

Donation Total: RM150.00

Bantu Sebarkan

Kami amat-amat menghargai tuan puan untuk sebarkan kempen derma ini ke media sosial dibawah. Ianya sedikit sebanyak membantu menjayakan kempen ini. Klik pada mana-mana butang di bawah:

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp

Fara Fauzana merupakan salah seorang dari Ikon Kemanusiaan Malaysia for Syria – MFS yang sejak tahun 2017 lagi sudah aktif dalam membantu menyebarluaskan tentang keperitan yang dilalui oleh pelarian Syria serta kepentingan rakyat Malaysia dalam turut membantu meringankan beban mereka. Kehidupan pelarian Syria semakin hari semakin susah terutama sekali apabila tibanya musim sejuk setiap tahun.

Dermawan yang budiman,
Tanpa rumah yang selamat dan selesa, tanpa makanan, tanpa sebarang barangan keperluan ketika berdepan dengan musim sejuk, ratusan ribu pelarian Syria telah terbunuh sepanjang berlakunya krisis kemanusiaan di negara Syria kerana mereka semestinya sudah tidak mampu menampung kesejukan yang melampau. Oleh itu, Kempen Fafau4Syria : Misi Musim Sejuk Syria 10.0 ini bertujuan untuk mengajak masyarakat serta para pengikut dalam talian Fara Fauzana untuk sama-sama membantu meringankan beban pelarian Syria.

Dengan izin Allah, petugas Malaysia for Syria – MFS akan sekali lagi ke negara Turki, Syria dan Lubnan bagi menyampaikan amanah sumbangan bantuan keperluan musim sejuk anda buat mereka disana.

Sumbangan yang anda kongsikan akan disampaikan dalam bentuk:

  • Set HotMeal : RM15
  • Set HotMeal #Bersama : RM100
  • Kotak Makanan Ruji : RM150
  • Pakaian Musim Sejuk : RM150
  • Alat Pemanas [Kayu Api/ Diesel] : RM200

Fara Fauzana sedang memakaikan snow cap kepada 2 orang kanak-kanak pelarian Syria ketika Misi Musim Sejuk Syria pada tahun 2017.

 

Fara Fauzana menyampaikan selimut tebal kepada salah seorang penerima bantuan ketika Misi Musim Sejuk Syria pada tahun 2017.

 

Gambar seorang kanak-kanak perempuan selepas menerima Set HotMeal (makanan panas) untuk dijamu bersama keluarganya ketima musim sejuk 2021.

 

Kanak-kanak lelaki pelarian Syria sedang mengangkat seguni arang hasil sumbangan rakyat Malaysia melalui Malaysia for Syria - MFS.

 

Mengapa pelarian Syria perlu terus dibantu?

  1. Berstatuskan pelarian adalah tidak mudah apabila mereka bukan sekadar kehabisan harta malah ada juga yang telah kehilangan seluruh ahli keluarga.
  2. Serangan masih berlaku di negara Syria menyebabkan mereka terpaksa meneruskan kehidupan dalam keadaan yang serba tidak selamat dan serba tidak ada.
  3. Kerana mereka juga merupakan saudara dan keluarga kita.
  4. Setiap tahun pasti akan ada pelarian yang terbunuh ketika musim sejuk kerana tiada makanan, pakaian tebal dan tempat untuk berlindung.

Sasaran : RM100,000.00


Silakan klik pada pautan “Donate Now” atau ke akaun Malaysian Life Line for Syria Berhad untuk berkongsi rasa kasih dan simpati kita buat mereka. Bismillah, Ayuh kita mulakan.

🇲🇾 MAYBANK : 5648-1051-3971
🇲🇾 BANK ISLAM : 1421-0010-0098-82
🇲🇾 BANK RAKYAT : 1111-5100-1155

REF: Fafau4Syria


Maklumat Perhubungan:
Pejabat Malaysia For Syria : +603-41443441
Unit Sekolah : +6011-58701507
Unit Pendermaan : +6019-2553441
Email : donation@malaysia4syria.org


Kami berdoa semoga setiap sen yang anda (dermawan yang budiman) kongsikan akan diterima Allah dan menjadi amal jariah yang berpanjangan, Amin. Sama-sama kita berdoa semoga Allah membuka pintu hati rakyat Malaysia agar sentiasa bermurah hati untuk #BerkongsiRezeki melalui Malaysia for Syria. Amin Ya Rabb.


*Nota : Resit pelepasan cukai tidak disediakan.


Tuan puan boleh tinggalkan mesej dibawah...