Hooray to School!

RM8,517 of RM50,000 raised
RM
Caj Transaksi Payment Gateway Billplz .
Select Payment Method
Personal Info

Donation Total: RM1.00

Bantu Sebarkan

Kami amat-amat menghargai tuan puan untuk sebarkan kempen derma ini ke media sosial dibawah. Ianya sedikit sebanyak membantu menjayakan kempen ini. Klik pada mana-mana butang di bawah:

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp

Hoorey To School! [Taja Pendidikan Anak Pelarian Syria Anda]

Awal Oktober 2021 ini merupakan tarikh pembukaan semula sekolah di Malaysia mahupun di luar negara begitu juga Sekolah Jasmine Ash Sham II yang telah sudah siap dibina sepenuhnya pada April lalu. Oleh itu, Malaysia for Syria - MFS melancarkan kempen Hoorey To School bagi memberikan bantuan barangan asas bagi memulakan persekolahan pertama kali bagi anak-anak pelarian Syria di El-Bab, Syria.

Barisan petugas Malaysia for Syria di hadapan Sekolah Jasmine Ash Sham II.

 

Pembukaan sekolah Jasmine Ash Sham II di Perkampungan Syrian Al Hayah, Syria bersama beberapa orang pendidikan.

Menuntut ilmu merupakan kewajipan bagi setiap muslim. Allah SWT juga akan mengangkat orang-orang yang berilmu dengan beberapa darjat berdasarkan firman-Nya:

يَرْفَعِ اللَّـهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ

Maksudnya: “Supaya Allah SWT meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan Agama (daripada kalangan kamu) dengan beberapa darjat”.

[Al-Mujadalah: 11]

Tidak kurangnya juga darjat yang tinggi buat mereka yang telah menabur bakti serta sanggup mengorbankan dan menginfakkan harta ke jalan Allah demi membantu mereka yang tidak mampu untuk meneruskan usaha menuntut ilmu agar kelak dapatlah ia menjadi kayu ukur masa hadapan mereka dan seterusnya menjadi pendidik kepada anak bangsa dan negara tercinta.


Mohamed, seorang anak pelarian Syria yang sudah bersedia dengan beg sekolah yang digalasnya.

Untuk makluman anda semua, anak-anak pelarian Syria yang mendapatkan pendidikan di sekolah ini adalah majoriti dari kalangan mereka yang belum pernah ke sekolah sebelum ini. Oleh sebab itu, mereka tidak mempunyai barangan-barangan keperluan asas bersekolah dan kami merancang ingin sama-sama menyediakan beberapa keperluan asas bersekolah buat mereka, seperti:

  • RM25 : Alat Tulis (Pensil & pen, pemadam, pengasah pensil, pembaris, pensil warna, gam)
  • RM55 : Buku Sekolah ( Buku tulis bahasa Arab & rumi, buku lukisan)
  • RM40 : Botol Air & Bag Sekolah.
  • RM80 : Uniform Sekolah/ 2 Pasang untuk setiap pelajar.
  • RM200 : Tajaan Seorang Pelajar

SASARAN : RM50,000.00 / 1 pelajar RM200


Silakan klik pada pautan DONATE NOW atau ke akaun Malaysian Life Line for Syria Berhad

🇲🇾 MAYBANK : 5648-1051-3971
🇲🇾 BANK ISLAM : 1421-0010-0098-82
🇲🇾 AFFIN BANK : 1050-4003-0883
🇲🇾 BANK RAKYAT : 1111-5100-1155
REF: Hoorey2School

Maklumat Perhubungan:
📞 Pejabat Malaysia For Syria : +603-41443441
📞 Unit Pendermaan : +6019-2553441

📩 Email : donation@malaysia4syria.org


Tarikh tutup : 22/10/2021


*Nota : Resit pelapasan cukai tidak disediakan.


Tuan puan boleh tinggalkan mesej dibawah...