EN | MS

INFAK


Sekarang

Infak Roti Segar untuk Syria

0.0
0.0/5
0 Penilaian
5/5
2941 Orang telah infak

Sasaran : RM 600,000 | Terkumpul : RM79,919

13%

Kongsikan :

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on pinterest

Pilih Bantuan Kemanusian Syria Anda

Rasulullah Bersabda "Tidak akan berkurang harta dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kemuliaan baginya."(HR Muslim)

Sila pilih kempen di bawah untuk mula menderma.

Clear

Taja Sepaket Roti untuk Syria

 

Pada tahun 2022 ini, Malaysia for Syria – MFS ingin melaksanakan program Infak Roti Segar untuk Syria. Untuk pengetahuan anda, roti merupakan makanan ruji atau makanan harian orang Arab Syria.

Kami menyasarkan agihan sebanyak 1,200,000 keping roti buat pelarian-pelarian Syria yang kelaparan selama 1 tahun yang mana 10,000 pek roti segar akan diagihkan setiap bulan di kem-kem yang memerlukan. 1 pek roti segar mengandungi 10 keping roti dan setiap sebuah keluarga akan menerima 2 pek.

2,500 keluarga pelarian Syria dijangka akan menerima bantuan roti segar ini setiap bulan dengan harapan dapat mengisi perut kosong mereka.

Sahabat sekalian, sebanyak RM600,000 diperlukan bagi menjayakan program ini. Pecahan sumbangan adalah seperti berikut;

  • RM10/ 2 Pek Roti Segar
  • RM25/ 5 Pek Roti Segar
  • RM100/ 20 Pek Roti Segar
  • RM300/ 60 Pek Roti Segar
  • RM500/ 100 Pek Roti Segar

Tidak sanggup lagi untuk kami lihat pelarian-pelarian mengutip cebisan sisa roti dan makanan di tong sampah untuk terus bertahan. Kami mahu mereka mendapat makanan yang baik, roti yang segar, agar kesihatan mereka lebih terjamin. Bantulah mereka mendapat makanan yang lebih baik dan tidak hanya membiarkan mereka memakan makanan sisa-sisa makanan di tong sampah.

 

Nabi Muhammad SAW bersabda,

Sesungguhnya orang terbaik diantara kalian adalah orang yang memberi makan”. (HR. Ibnu Sa’ad, Al-Hakim, Ath-Thabrani)

Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, ayuh usahakannya bersama. Moga dengan memberi makan kepada saudara-saudara yang memerlukan ketika ini akan menjadi asbab masuk syurga tanpa dihisab. Aminn inshaaAllah…


*Nota : Resit pelepasan cukai tidak disediakan.

Penilaian & Ulasan Dermawan

{{ reviewsTotal }} Review
{{ reviewsTotal }} Reviews
{{ options.labels.newReviewButton }}
{{ userData.canReview.message }}
0
    0
    Infak Anda
    Tiada Infak LagiLihat Semua Kempen