INFAK VAGANZA RM9.99 – Wakaf Kilang Roti Ar Rizq 2.0

Terima kasih buat para Dermawan yang prihatin dan baik hatinya.

Tanpa sumbangan anda, projek ini tidak mungkin berjaya dilaksanakan. Ikuti perkembangan projek pembangunan Kilang Roti Ar Rizq 2.0 di laman sosial Malaysia for Syria.

Bantu Sebarkan

Kami amat-amat menghargai tuan puan untuk sebarkan kempen derma ini ke media sosial dibawah. Ianya sedikit sebanyak membantu menjayakan kempen ini. Klik pada mana-mana butang di bawah:

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp

Infak Vaganza RM9.99 untuk Syria!

Tahun ke-10 krisis kemanusiaan di negara Syria. Tahun ke-10 juga mereka terpaksa berdepan dengan kemiskinan, kekejaman dan kezaliman, serta masalah kebuluran yang setiap hari meragut ramai nyawa tidak bersalah.

Syria bebas kebuluran. Itulah cita-cita kami di Malaysia for Syria dengan inisiatif Tabung Kemanusiaan Infak Vaganza RM9.99 demi memperingati tahun ke-10 hak asasi rakyat Syria dirampas dengan sangat kejam dan zalim.

Tahun lalu, 2020, Malaysia for Syria dengan sokongan dan bantuan orang ramai telah berjaya membina sebuah kilang roti di sebuah daerah dalam negara Syria. Kilang roti tersebut telah banyak mengubah kehidupan pelarian Syria yang tinggal di kem-kem pelarian berdekatan.

Dengan hanya serendah RM9.99 rezeki yang akan anda kongsikan, sedikit sebanyak dapat meringkan beban pelarian-pelarian Syria dengan pembinaan Kilang Roti Ar Rizq ke-2 di Syria.

Gambar ketika agihan roti dari Kilang Roti Ar Rizq I di kem pelarian di sekitar daerah 'Azaz, Syria.

 

5 orang petugas kemanusiaan Malaysia for Syria di Kilang Roti Ar Rizq I di daerah 'Azaz, Syria.

Setiap Infak Vaganza RM9.99 untuk Wakaf Kilang Roti Ar Rizq ke-2 ini akan membantu pelarian Syria dalam beberapa bentuk, seperti:

  • Menyediakan lebih daripada 22,000 keping roti setiap hari.
  • Roti-roti yang telah dihasilkan akan diagihkan kepada pelarian-pelarian yang memerlukan.
  • Menyediakan peluang pekerjaan buat pelarian Syria.
  • Membantu ekonomi negara Syria.

Berikut Adalah Slot Infak Yang Disediakan:
🌼 1 Slot Infak Vaganza/ RM9.99
🌼 5 Slot Infak Vaganza/ RM49.95
🌼 10 Slot Infak Vaganza/ RM99.99
🌼 15 Slot Infak Vaganza/ RM149.85
🌼 20 Slot Infak Vaganza/ RM199.80

Sasaran : RM99,999.99
Tarikh Tutup : 30-9-2021

Kami yakin bahawa kalian yang telah menyokong usaha bantuan untuk Syria selama ini dapat sama-sama memberikan dukungan kepada inisiatif ini. Kita mulakan dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim.


Silakan klik pada butang DONATE NOW.


Atau salurkan sumbangan anda ke akaun Malaysian Life Line for Syria Berhad untuk berkongsi rasa kasih dan simpati kita buat mereka. Sumbangan anda semua terlalu bermakna buat mereka.

✨ MAYBANK : 5648-1051-3971
✨ BANK ISLAM : 1421-0010-0098-82
✨ AFFIN BANK : 1050-4003-0883
✨ BANK RAKYAT : 1111-5100-1155
Reference: IV Kilang Roti (Wajib diisi)


Maklumat Perhubungan:
📞 Pejabat Malaysia For Syria : +603-41443441
📞 Unit Pendermaan : +6019-2553441
📩 Email : donation@malaysia4syria.org


Doakan agar usaha ini dipermudahkan dan lancar seperti yang kita semua mahukan.


*Nota: Resit pelepasan cukai tidak disediakan.


Tuan puan boleh tinggalkan mesej dibawah...