Waqaf Sekolah Jasmine Ash Sham 2.0

RM2,356 of RM313,094 raised
RM
Caj Transaksi Payment Gateway Billplz .
Select Payment Method
Personal Info

Donation Total: RM200.00

Bantu Sebarkan

Kami amat-amat menghargai tuan puan untuk sebarkan kempen derma ini ke media sosial dibawah. Ianya sedikit sebanyak membantu menjayakan kempen ini. Klik pada mana-mana butang di bawah:

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
#JasmineAshSham2.0 - Sekolah yang lengkap dan selesa jaminan masa depan anak-anak pelarian Syria.

Hampir 5 juta 'anak perang' Syria. Itulah tajuk utama artikel yang dikeluarkan oleh Berita Harian pada 15 Mac 2020 yang secara padatnya menceritakan tentang anak-anak pelarian Syria yang di rekrut seawal usia tujuh tahun di rekrut untuk berperang dan lebih 1,000 kemudahan pendidikan serta perubatan diserang. Layakkah anak kecil dijadikan tentera perang?

Adapun bangunan-bangunan sekolah yang masih teguh berdiri, tetap anak-anak pelarian Syria tidak mendapat pendidikan yang selayaknya mereka dapat kerana 70% daripada bangunan sekolah tersebut tidak beroperasi ketidaklengkapan fasiliti pendidikan serta tiada tenaga pengajar untuk mendidik anak-anak pelarian Syria.

Pernah sekali tim kami berkongsi kisah van yang mereka naiki dikejar oleh kanak-kanak ketika singgah ziarah disalah sebuah kem pelarian di Syria. Apabila ditanya dari manakah mereka, laju tangan mereka menunjukkan ke arah sebuah khemah kecil, sempit dan usang yang dijadikan sebagai madrasah.

Disitulah mereka belajar mengaji dan membaca yang turut diajar oleh seorang pelarian yang tinggal di kem pelarian tersebut. Khemah itu tak bermeja mahu pun kerusi malah mereka cuma belajar berlaskan tanah berselut dan kotor. Sanggupkah anda menghantar anak anda ke sekolah yang keadaannya daif seperti itu?

Sekolah Jasmine Ash Sham 1.0 yang kita bina di Setiawangsa pada tahun 2016 telah berjaya melahirkan ramai orang graduan pelarian SYria yang berjaya setiap tahun seterusnya melanjutkan pembelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Itulah juga yang kami ingin lakukan di Syria.

Sekolah Jasmine Ash Sham 2.0 adalah merupakan idea yang sedang kami laksanakan. Objektif pembangunan sekolah ini adalah untuk memastikan anak-anak pelarian Syria tidak tercicir dengan pendidikan dan dapat melahirkan generasi yang berjaya dan mampu memerdekakan negara terjajah mereka, Syria.

Dermawan yang disayangi Allah,
Berikut adalah butiran sumbangan untuk bagi tabung pembangunan sekolah JASMINE ASH SHAM 2.0 :

  • RM200 / Slot Pembinaan Sekolah
  • Sasaran : RM313,094.40
  • Penerima Manfaat : Kanak-kanak pelarian Syria yang menetap di Perkampungan Syrian Al-Hayah dan berdekatan kawasan perkampungan tersebut.

Jom sama-sama kita menyediakan sebuah Sekolah Jasmine Ash Sham di Perkampungan Syrian Al Hayah ini. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

Maksudnya: “Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.”

(Surah al-Baqarah: 261)

Tarikh tutup : 31-1-2021

Silakan klik pada pautan "Donate Now" atau ke akaun Malaysian Life Line for Syria Berhad untuk berkongsi rasa kasih dan simpati kita buat mereka. Bismillah, Semoga Allah Redha.
+ MAYBANK : 5648-1051-3971
+ BANK ISLAM : 1421-0010-0098-82
+ AFFIN BANK : 1050-4003-0883
+ BANK RAKYAT : 1111-5100-1155
Ref: SekolahJasmine2

Maklumat Perhubungan:
Pejabat Malaysia For Syria : +603-41443441
Unit Pendermaan : +6019-2553441 (Sis Iffah)
Email : donation@malaysia4syria.org

Kami berdoa semoga setiap sen yang anda (dermawan yang budiman) kongsikan akan diterima Allah dan menjadi amal jariah yang berpanjangan, Amin. Sama-sama kita berdoa semoga Allah membuka pintu hati rakyat Malaysia agar sentiasa bermurah hati untuk #BerkongsiRezeki melalui Malaysia for Syria. Amin Ya Rabb.