Wakaf Anak Syria: RM5 (Pembelian Kelengkapan Sekolah)

Thank you to all our donors, we have met our fundraising goal.

Bantu Sebarkan

Kami amat-amat menghargai tuan puan untuk sebarkan kempen derma ini ke media sosial dibawah. Ianya sedikit sebanyak membantu menjayakan kempen ini. Klik pada mana-mana butang di bawah:

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp

WAKAF ANAK SYRIA: RM5 (PEMBELIAN KELENGKAPAN SEKOLAH)

Jasmine Ash Sham Alternative Education Centre merupakan sebuah pusat pendidikan di bawah kelolaan Malaysia For Syria (MFS) khas buat anak-anak pelarian khususnya anak-anak pelarian Syria dan Palestin. Pusat pendidikan ini telah ditubuhkan pada Januari 2016 di mana hampir 150 orang anak-anak pelarian yang berumur dari 7 tahun sehingga 18 tahun sedang menuntut ilmu di pusat pendidikan ini.

Anak-anak Jasmine Ash Sham tekun belajar.

Setelah hampir 5 tahun penubuhannya, pihak pengurusan menghadapi kekangan untuk menyediakan kelengkapan sekolah yang kondusif buat anak-anak pelarian ini. Ini kerana kelengkapan sekolah yang sedia ada terutamanya meja sekolah dan papan putih tidak boleh lagi digunakan dan ianya perlu digantikan dengan yang baru.

Link Facebook Pusat Pendidikan Jasmine Ash Sham : https://www.facebook.com/JasmineAshSham

Solat bersama di sekolah setiap hari untuk setiap waktu solat.

Dermawan yang disayangi Allah sekalian,
Kini Pusat Pendidikan Jasmine Ash Sham membuka peluang kepada anda yang ingin bersama-sama kami menjayakan Kempen Wakaf Kelengkapan Sekolah Jasmine Ash Sham. Dengan sumbangan ini sedikit sebanyak ianya mampu memberi motivasi kepada anak-anak pelarian ini agar terus melakar kejayaan sama ada dalam bidang akademik mahu pun agama.

Anak-anak ini terpaksa belajar atas lantai kerana tidak cukup meja belajar untuk setiap pelajar.

Justeru, kami di Pusat Pendidikan Jasmine Ash Sham menyeru anda Para Dermawan Malaysia yang prihatin dan baik hati agar bersama-sama kami dalam Kempen Wakaf Kelengkapan Sekolah Jasmine Ash Sham di Malaysia demi memastikan masa depan mereka lebih terjamin dan tidak tergelincir dari pelajaran. InshaaAllah.

Perincian bagi Kempen Wakaf Kelengkapan Sekolah :
🚨 White Board Dinding Saiz 4x6 RM 292.50 x 10 buah= RM 2,925
🚨 White Board Stand Saiz 4x5 x 1 buah = RM 559
🚨 Meja Pelajar RM 136.5 x 150 buah= RM 20,475
🚨 TV bagi pembelajaran pelajar x 1 buah = RM2,399
Jumlah Sasaran Diperlukan : RM26,358

Silakan klik pada pautan DONATE NOW  atau ke akaun Malaysian Life Line for Syria Berhad.

✨ MAYBANK : 5648-1051-3971
✨ BANK ISLAM : 1421-0010-0098-82
✨ AFFIN BANK : 1050-4003-0883
✨ BANK RAKYAT : 1111-5100-1155
Ref: KelengkapanSekolah

Tarikh tutup : 31-8-2021

Maklumat Perhubungan:
Pusat Pendidikan Jasmine Ash Sham : +6018-2067265
Email : jasmineashsham@gmail.com
Website : www.jasmineashsham.com

Teruskan bersama kami untuk mengetahui kemaskini mengenai program yang sedang dijalankan oleh Jasmine Ash Sham demi membantu pelarian-pelarian Syria di Malaysia. Sumbangan anda, Sangat bermakna.


Nota : Resit pelepasan cukai tidak disediakan.


Tuan puan boleh tinggalkan mesej dibawah...