Langgan Newsletter Kami
Dapatkan info dan perkembangan terkini dari kami terus ke inbox anda.
Tabung Operasi Misi Musim Sejuk Syria adalah sebuah inisiatif bagi memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk turut serta menyumbang dalam operasi menggerakkan projek kebajikan dan kemanusiaan anjuran Malaysia for Syria untuk pelarian-pelarian Syria di Turki, Lubnan dan Syria khususnya ketika mereka sedang menghadapi musim sejuk yang boleh membunuh dalam serba tidak cukup.
Tujuan Tabung Operasi Kemanusiaan ini dibuka adalah:
Sejurus itu, dana sejumlah RM50,000 diperlukan bagi membantu kami meneruskan usaha misi bantuan kemanusiaan dan keamanan ini. Sudilah kiranya anda bersama-sama kami berkongsi dan menginfakkan sedikit daripada harta anda untuk kos pengoperasian Malaysia for Syria.
Silakan klik pada pautan "Donate Now" atau ke akaun Malaysian Life Line for Syria Berhad untuk berkongsi rasa kasih dan simpati kita buat mereka. Sumbangan RM1, RM5..semua bermakna buat mereka. Bismillah, Ayuh kita mulakan.
+ MAYBANK : 5648-1051-3971
+ BANK ISLAM : 1421-0010-0098-82
+ AFFIN BANK : 1050-4003-0883
+ BANK RAKYAT : 1111-5100-1155
Ref : Tabung Operasi Misi
Maklumat Perhubungan:
Pejabat Malaysia For Syria : +603-4144 3441
Unit Pendermaan : +6019-255 3441
Email : donation@malaysia4syria.org
Kami sentiasa mendoakan agar setiap sen yang anda (dermawan yang budiman) kongsikan akan diterima Allah dan menjadi amal jariah yang berpanjangan, Amin. Sama-sama kita berdoa semoga Allah membuka pintu hati rakyat Malaysia agar sentiasa bermurah hati untuk #BerkongsiRezeki melalui Malaysia for Syria. Amin Ya Rabb.