Misi Musim Sejuk Syria 9.0

RM88,555 of RM1 million raised
RM
Caj Transaksi Payment Gateway Billplz .
Select Payment Method
Personal Info

Donation Total: RM150.00

Bantu Sebarkan

Kami amat-amat menghargai tuan puan untuk sebarkan kempen derma ini ke media sosial dibawah. Ianya sedikit sebanyak membantu menjayakan kempen ini. Klik pada mana-mana butang di bawah:

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp

MISI MUSIM SEJUK UNTUK SYRIA 9.0

Jumlah pelarian Syria menjangkau seramai 5.6 juta orang di serata dunia; angka ini hanya jumlah yang berdaftar dan direkodkan, namun hakikatnya angka sebenar pelarian Syria dijangka lebih ramai, dengan anggaran 5,000 penduduk Syria setiap hari meninggalkan negara mereka dan lebih 6.5 juta penduduk Syria kehilangan rumah untuk tempat mereka berteduh.

Keadaan Syria kini dikatakan musnah secara keseluruhan dari pelbagai sudut akibat perang yang terjadi dan direkodkan sebagai negara yang tidak selamat untuk didiami. Cuaca membunuh serta ancaman kezaliman tanpa henti terhadap pelarian Syria telah menyebabkan jumlah pelarian Syria ke negara jiran kini mencecah 5 juta orang.

Bayangkan jika anda terpaksa hidup dalam keadaan yang serba tidak cukup, tidak berumah, perut tak terisi dengan secebis makanan pun, baju nipis dan lusuh yang semakin membusuk dan terpaksa pula hadapi cuaca sejuk. Peluk badan sendiri untuk panaskan badan pun dah tak terasa hangatnya. Tidak.

Telah masuk tahun ke-9 Malaysia for Syria ke tanah Syria, Jordan, Lubnan dan Turki untuk Misi Musim Sejuk Syria. Saban hari berdepan musim sejuk, jika tiada yang menyalurkan bantuan, terpaksalah mereka hadapi musim sejuk bersuhu mencecah negatif darjah celsius dan bermula lah detik dimana ramai nyawa-nyawa tidak bersalah teragut dek kesejukan membeku.

Malah ada yang kehilangan jari kaki dan jari tangan mereka kerana ‘frosbite’. Sejuknya itu rasanya tidaklah seperti sejuknya dek penghawa dingin di rumah kalian. Sejuknya luar biasa!

Tiap-tiap tahun, Malaysia for Syria (MFS) bersama mengagihkan sumbangan #HotMeal Bersama (makanan panas), Kotak Makanan, Pakaian Musim Sejuk dan Alat pemanas  (Kayu Api/ diesel) kepada pelarian-pelarian Syria dalam menghadapi musim sejuk. Sungguh, bantuan seperti ini sangat-sangat membantu mereka untuk meneruskan hidup dalam keadaan yang lebih selamat secara mental dan fizikal.

Dermawan yang disayangi Allah,
Kami mahu laksanakannya lagi tahun ini. Sudikan diri kalian untuk bersama kami ya? Mereka memerlukan kita agar mereka tidak kehilangan setiap satu ahli keluarga setiap hari. Berikut adalah butiran sumbangan untuk bagi tabung Misi Musim Sejuk untuk Syria 9.0 :

  • Set #HotMeal bersama : RM100
  • Set Pakaian Musim Sejuk : RM150
  • Set Kotak Makanan : RM150
  • Set Alat Pemanas : RM200
  • Khemah untuk Satu Keluarga : RM1,000
  • Sasaran : 1,000,000

InshaaAllah, semoga rasa simpati yang Allah titipkan dalam hati kita buat mereka yang sangat memerulkan ini sudah tersedia ganjarannya di Syurga kelak. Amin Ya Rabb.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

Maksudnya: “Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya.”
( Riwayat Muslim  al-Nasa’i,  al-Tirmizi dan Abu Daud )

Tarikh tutup : 31-1-2021

Silakan klik pada pautan "Donate Now" atau ke akaun Malaysian Life Line for Syria Berhad untuk berkongsi rasa kasih dan simpati kita buat mereka. Bismillah, Semoga Allah Redha.

+ MAYBANK : 5648-1051-3971
+ BANK ISLAM : 1421-0010-0098-82
+ AFFIN BANK : 1050-4003-0883
+ BANK RAKYAT : 1111-5100-1155
Ref: SyriaKesejukan

Maklumat Perhubungan:
Pejabat Malaysia For Syria : +603-41443441
Unit Pendermaan : +6019-2553441 (Sis Iffah)
Email : donation@malaysia4syria.org

Kami berdoa semoga setiap sen yang anda (dermawan yang budiman) kongsikan akan diterima Allah dan menjadi amal jariah yang berpanjangan, Amin. Sama-sama kita berdoa semoga Allah membuka pintu hati rakyat Malaysia agar sentiasa bermurah hati untuk #BerkongsiRezeki melalui Malaysia for Syria. Amin Ya Rabb.