Penyembelihan Agung : Korban Untuk Syria

RM54,120 of RM500,000 raised
RM
Caj Transaksi Payment Gateway Billplz .
Select Payment Method
Personal Info

Donation Total: RM1,000.00

{amount} donation plus {fee_amount} to help cover fees.

Bantu Sebarkan

Kami amat-amat menghargai tuan puan untuk sebarkan kempen derma ini ke media sosial dibawah. Ianya sedikit sebanyak membantu menjayakan kempen ini. Klik pada mana-mana butang di bawah:

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp

Ramai yang bertanya bagaimana caranya untuk melaksanakan ibadah Qurban & Aqiqah untuk Syria pada tahun ini. Masing-masing mahu meneruskan momentum keberkatan di bulan Ramadan yang lepas untuk terus membantu mereka yang memerlukan di Syria.

MaashaaAllah Tabarakallah!

Malaysia For Syria (MFS) mahu mengajak anda semua untuk meneruskan momentum tersebut dan kini melancarkan kempen #PenyembelihanAgung - Qurban dan Aqiqah untuk Syria bagi tahun 1441H/2020M.

Harga seekor kambing Qurban adalah RM1,000, harga seekor kambing untuk aqiqah dan kenduti adalah RM1,200. Kambing akan dibeli di Syria dan MFS akan melaksanakan penyembelihan mewakili anda yang menyertai ibadah Qurban pada tahun ini.

Bahagian lembu tak ada ya?

Iya tidak ada. Hanya penyertaan Qurban dan Aqiqah untuk kambing sahaja yang kami buka berikutan kesukaran untuk mendapatkan stok lembu di dalam Syria.

Saya akan dapat sijil dan gambar kambing tak?

Ya, gambar & Sijil akan diberikan melalui E-mail anda.

Mahu tahu apa yang lebih bermakna?

Seekor kambing yang dilaksanakan Qurban di Syria, akan memberi manfaat kepada hampir 200 orang.

Kenapa Aqiqah perlu kenduri?

Hadis riwayat Al-Baihaqi dari Aisyah menyatakan bahawa:
“menyedekahkan daging aqiqah dalam keadaan sudah dimasak itu adalah sunnah.". 

Jika iftar Ramadan yang lepas kita mampu memberi manfaat kepada 50,000 rakyat Syria, ayuh kali ini, kita usahakan untuk memberi manfaat kepada 100,000 rakyat Syria yang memerlukan.

Bermakna kita sama-sama perlu usahakan 500 ekor kambinguntuk #PenyembelihanAgung pada tahun ini.

InsyaAllah, sama-sama kita usahakan.

Berikut adalah harga  #PenyembelihanAgung - Qurban dan Aqiqah bagi tahun 2020.

  • Qurban seekor kambing : RM1,000
  • Aqiqah seekor kambing & kenduri : RM1,200

Sumbangan anda mampu untuk menyelamatkan nyawa mereka yang tidak berdosa dan membantu mereka membina kembali kehidupan seperi biasa.

Silakan klik pada pautan "Donate Now" atau ke akaun Malaysian Life Line for Syria Berhad untuk berkongsi rasa kasih dan simpati kita buat mereka. Bismillah, Ayuh kita mulakan. Maka dengan lafaz Bismillah, mari kita mulakan.

Maklumat Perhubungan:
Pejabat Malaysia For Syria : +603-41443441
Unit Pendermaan : +6019-2553441
Email : donation@malaysia4syria.org

Kami berdoa semoga setiap sen yang anda (dermawan yang budiman) kongsikan akan diterima Allah dan menjadi amal jariah yang berpanjangan, Amin. Sama-sama kita berdoa semoga Allah membuka pintu hati rakyat Malaysia agar sentiasa bermurah hati untuk #BerkongsiRezeki melalui Malaysia for Syria. Amin Ya Rabb.