Ramadan Al-Habeeb 2021 : Iftar for Syria

RM40,706 of RM1.5 million raised
RM
Caj Transaksi Payment Gateway Billplz .
Select Payment Method
Personal Info

Donation Total: RM150.00

Bantu Sebarkan

Kami amat-amat menghargai tuan puan untuk sebarkan kempen derma ini ke media sosial dibawah. Ianya sedikit sebanyak membantu menjayakan kempen ini. Klik pada mana-mana butang di bawah:

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp

Ramadan Al-Habeeb 2021 : Iftar for Syria

Demi Ramadan yang lebih baik pada tahun 2021 ini, Malaysia for Syria berazam untuk terus bergerak pantas dan aktif dalam menyampaikan amanah serta keperluan pelarian-pelarian Syria. Dari musim sejuk yang satu per satu membunuh ramai nyawa tak bersalah, kehilangan tempat tinggal bahkan kebuluran tanpa sebarang makanan sehingga tibanya bulan ramadan, keadaan dan situasi mereka masih lagi sama.

Jumlah pelarian Syria menjangkau seramai 5.6 juta orang di serata dunia; angka ini hanya jumlah yang berdaftar dan direkodkan, namun hakikatnya angka sebenar pelarian Syria dijangka lebih ramai, dengan anggaran 5,000 penduduk Syria setiap hari meninggalkan negara mereka dan lebih 6.5 juta penduduk Syria kehilangan rumah untuk tempat mereka berteduh.

Malah ada juga yang terkorban kerana kebuluran tanpa sebarang punca makanan buat mengisi perut kosong mereka. Andai sahaja mereka diberi peluang untuk memilih jenis makanan untuk dijadikan sebagai juadah berbuka puasa, ketahuilah bahawa pelarian-pelarian ini akan terlalu gembira kerana anak-anak tidak perlu berlapar lagi.

Dermawan yang disayangi Allah,

Berikut adalah butiran sumbangan untuk bagi tabung Ramadan Al-Habeeb 2021 : Iftar for Syria :

  • RM15 - Set Iftar
  • RM105 - Set #IftarBersama
  • RM99 - Farhatul Eid (Baju raya untuk kanak-kanak pelarian Syria)
  • RM150 - Kotak Makanan
  • RM200 - Duit Raya
  • Sasaran : RM1,500,000

Firman Allah dalam al-Quran bermaksud:

“Sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat. Kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang dikehendakinya dan sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, Kami beri kepadanya daripada kebaikan dunia itu (sekadar yang Kami tentukan) dan ia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak.” (Surah Ash-Shura, ayat 20)

Tarikh Tutup : 12-5-2021

 

Silakan klik pada pautan "Donate Now" atau ke akaun Malaysian Life Line for Syria Berhad untuk berkongsi rasa kasih dan simpati kita buat mereka. Bismillah, Semoga Allah Redha.

+ MAYBANK : 5648-1051-3971
+ BANK ISLAM : 1421-0010-0098-82
+ AFFIN BANK : 1050-4003-0883
+ BANK RAKYAT : 1111-5100-1155
Ref: Iftar Bersama Syria

Maklumat Perhubungan:
Pejabat Malaysia For Syria : +603-41443441
Unit Pendermaan : +6019-2553441
Email : donation@malaysia4syria.org

Sesungguhnya orang-orang yang beruntung adalah mereka yang berebut-rebut untuk melakukan kebaikan serta menghulurkan bantuan ketika insan lain memerlukannya terutamanya ketika bulan Ramadan. Semoga setiap sen yang dikeluarkan untuk meringankan beban mereka, Allah SWT memudahkan urusan seharian anda semua. Aminn inshaaAllah...


Tuan puan boleh tinggalkan mesej dibawah...