INFAK VAGANZA REJAB & SYAABAN

RM2,912 of RM333,000 raised
RM
Caj Transaksi Payment Gateway Billplz .
Select Payment Method
Personal Info

Donation Total: RM99.00

Bantu Sebarkan

Kami amat-amat menghargai tuan puan untuk sebarkan kempen derma ini ke media sosial dibawah. Ianya sedikit sebanyak membantu menjayakan kempen ini. Klik pada mana-mana butang di bawah:

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp

REJAB adalah bulan MENABUR BENIH dan SYAABAN bulan MENYIRAM TANAMAN

Sesiapa yang berpuasa 20 hari pada bulan Rejab, maka diampunkan baginya segala dosanya yang lalu. Namun, bagi mereka yang tidak mampu untuk berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti terutamanya kepada mereka yang kurang berkemampuan dan memerlukan.

Seperti biasa, Malaysia for Syria sentiasa bersedia dalam menyediakan platform sedekah termudah untuk anda bagi memudahkan urusan anda berkongsi rezeki #Bersama mereka yang memerlukan. Bulan REJAB dan SYAABAN merupakan antara bulan yang terbaik untuk anda mula berkongsi rezeki.

Untuk pengetahuan anda, sumbangan yang anda kongsikan pada bulan ini akan disalurkan ke tabung Ramadan Al-Habeeb untuk Syria yang mana juga bakal diagihkan kepada pelarian-pelarian Syria yang memerlukan pada bulan ramadan.

Bantuan ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban mereka yang terpaksa menjalani bulan Ramadan tanpa sebarang makanan pada waktu sahur mahupun ketika masuknya waktu berbuka puasa. Begitu juga buat kanak-kanak yang menyambut hari raya dengan hanya berpakaian lusuh dan kotor bakal kita hadiah baju raya kepada setiap kanak-kanak pelarian Syria yang benar-benar memerlukan.

Dermawan yang disayangi Allah,

Antara jenis bantuan yang bakal diagihkan kepada pelarian-pelarian Syria pada bulan ramadan nanti adalah:

  • Set Iftar #Bersama
  • Kotak Makanan
  • Farhatul Eid
  • Duit Raya

Rasulullah SAW ada menyampaikan pesannya yang bermaksud:

"Aku melihat pada malam Mikraj sebatang sungai yang airnya lebih manis daripada madu dan lebih sejuk daripada air batu dan (baunya) lebih harum daripada kasturi.

"Aku bertanya kepada Jibrail: 'Ya Jibrail, untuk siapa ini?' Beliau berkata, 'Untuk mereka yang berselawat ke atasmu pada bulan Rejab'."

Antara amalan yang digalakkan pada bulan Rejab adalah amalan bersifat umum seperti:

  • Berpuasa
  • Perbanyakkan sedekah
  • Perbanyakkan membaca

Ayuh sama-sama kita isikan bulan ini dengan kebaikan dan sebaik-baik kebaikan adalah SEDEKAH yang menyenang serta memudahkan urusan orang lain yang memerlukannya.

Tarikh Tutup : 14-4-2021

Silakan klik pada pautan "Donate Now" atau ke akaun Malaysian Life Line for Syria Berhad untuk berkongsi rasa kasih dan simpati kita buat mereka. Bismillah, Semoga Allah Redha.

+ MAYBANK : 5648-1051-3971
+ BANK ISLAM : 1421-0010-0098-82
+ AFFIN BANK : 1050-4003-0883
+ BANK RAKYAT : 1111-5100-1155
Ref: Infak Rejab Syaaban

Maklumat Perhubungan:
Pejabat Malaysia For Syria : +603-41443441
Unit Pendermaan : +6019-2553441
Email : donation@malaysia4syria.org

Sesungguhnya orang-orang yang beruntung adalah mereka yang berebut-rebut untuk melakukan kebaikan serta menghulurkan bantuan ketika insan lain memerlukannya terutamanya ketika bulan Ramadan. Semoga setiap sen yang dikeluarkan untuk meringankan beban mereka, Allah SWT memudahkan urusan seharian anda semua. Aminn inshaaAllah...


Tuan puan boleh tinggalkan mesej dibawah...