Penyembelihan Agung [Sedekah Biri-Biri : RM100]

RM0 of RM450,000 raised
RM
Caj Transaksi Payment Gateway Billplz .
Select Payment Method
Personal Info

Donation Total: RM100.00

Bantu Sebarkan

Kami amat-amat menghargai tuan puan untuk sebarkan kempen derma ini ke media sosial dibawah. Ianya sedikit sebanyak membantu menjayakan kempen ini. Klik pada mana-mana butang di bawah:

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp

Musim Wabak pandemik Covid-19, waktu terbaik untuk sedekah daging korban buat Syria.
Anda baru sahaja melahirkan anak dan sedang kusut memikirkan hal aqiqah dan sedekah korban? Malaysia for Syria ada penyelesaiannya.

Setiap tahun, ratusan rakyat Malaysia mempercayai Malaysia for Syria untuk melaksanakan ibadah korban dan aqiqah bagi pihak mereka. Ratusan ekor kambing juga dikorbankan setiap tahun untuk rakyat Malaysia yang mahu laksanakan ibadah korban dalam masa yang sama ingin menyedekahkan daging-daging tersebut buat mereka yang memerlukan di Syria.

Jom kita berkongsi rezeki untuk membeli biri-biri untuk diagihkan kepada pelarian Syria di Turki, Lubnan dan Syria bagi tabung #PenyembelihanAgung : Qurban untuk Syria 9.0.

Sedekah Biri-biri  bukan Qurban ya Tuan Puan. Sedekah Biri-biri adalah kita berkongsi wang dan menghadiahkan daging biri-biri kepada pelarian Syria di Turki, Lubnan dan Syria.

Bayangkan, seekor kambing bakal mengenyangkan 200 nyawa pelarian Syria di Turki, Syria dan Lubnan.

MasyaAllah meremang bulu roma.

Bukan 20 nyawa ya tuan puan, tetapi 200 nyawa. Tentu, pelarian Syria terharu dan gembira kerana mereka dapat menjamah daging biri-biri setelah sekian lama tidak menjamah daging empuk. Jom sama-sama kita merialisasikan impian dan harapan mereka.

Untuk yang sedia maklum, pelarian Syria hanya mampu menjamah daging ketika musim Qurban sahaja. Itu pon hasil belas ehsan hadiah dari rakyat Malaysia yang cakna dengan isu Mereka. SubhanaAllah.

Dermawan yang disayangi Para Nabi,
Berikut adalah butiran sumbangan untuk tabung Sedekah Biri-Biri bagi tahun 2020:-

  • RM100 x 10 orang = RM1,000 ( 1 Ekor Biri-biri )
  • Sasaran : 450 Ekor Biri-biri
  • Penerima Manfaat : 16,000 orang pelarian Syria

Jom sama-sama kita merialisasikan impian mereka bagi menjamah daging biri-biri pada Hari Raya Qurban tahun 2021 ini:

"Tidaklah seorang anak Adam melakukan pekerjaan yang paling dicintai Allah pada hari nahr kecuali mengalirkan darah (menyembelih haiwan korban). Haiwan itu nanti pada hari kiamat akan datang dengan tanduk, rambut dan bulunya. Dan pahala korban yang menitis pada suatu tempat sebelum menitis ke tanah. Maka hiasilah dirimu dengan ibadah korban."

Silakan klik pada pautan "Donate Now" atau ke akaun Malaysian Life Line for Syria Berhad untuk berkongsi rasa kasih dan simpati kita buat mereka. Bismillah, Semoga Allah Redha.

+ MAYBANK : 5648-1051-3971
+ BANK ISLAM : 1421-0010-0098-82
+ AFFIN BANK : 1050-4003-0883
+ BANK RAKYAT : 1111-5100-1155

REF: Sedekah Biri-Biri

Maklumat Perhubungan:
Pejabat Malaysia For Syria : +603-41443441
Unit Pendermaan : +6019-2553441
Email : donation@malaysia4syria.org

Kami berdoa semoga setiap sen yang anda (dermawan yang budiman) kongsikan akan diterima Allah dan menjadi amal jariah yang berpanjangan, Amin. Sama-sama kita berdoa semoga Allah membuka pintu hati rakyat Malaysia agar sentiasa bermurah hati untuk #BerkongsiRezeki melalui Malaysia for Syria. Amin Ya Rabb.

Nota : Jika anda membuat sumbangan Sedekah Biri-Biri melalui akaun Malaysian Life Line for Syria Berhad, diminta untuk menghantar butiran seperti berikut : Nama, Email, No tel, Alamat & Jumlah slot.


Tuan puan boleh tinggalkan mesej dibawah...