Langgan Newsletter Kami
Dapatkan info dan perkembangan terkini dari kami terus ke inbox anda.
Rasulullah bersabda "Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa dia akan mendapat pahala yang sama dengan orang yang berpuasa dalam keadaan pahala orang tersebut tidak berkurangan sedikit pun." (Riwayat Al-Tirmizi)
Dermawan yang disayangi Allah,
"Meneguk air mineral pun nikmatnya seperti minum teh ais" - luahan Dr Wanie di laman twitter beliau, (@wanie_dagreat)
Begitulah gambarannya keadaan frontliners kita (doktor, polis, askar dan sebagainya) saat ini yang berjam-jam, berhari-hari berkhidmat dalam menangani pendamik Covid-19 hingga tak sempat berehat walhal untuk menghilangkan rasa dahaga apatah lagi untuk berbuka puasa.
Dalam keterbatasan dan pematuhan arahan pergerakan, kita masih bersama-sama mengangkat dan menunaikan khidmat insani ini. Justeru, kami di MFS menyeru kepada para dermawan Malaysia yang prihatin dan baik hati agar menyokong tabung Sedekah Kurma untuk Frontliner ini sebagai tanda rasa peduli dan ehsan anda bagi frontliner yang berusaha keras bagi menangani Covid-19.
Silakan klik pada pautan "Donate Now" atau ke akaun Malaysian Life Line for Syria Berhad untuk berkongsi rasa kasih dan simpati kita buat mereka. Sumbangan RM1, RM5..semua bermakna buat mereka. Bismillah, Ayuh kita mulakan. Maka dengan lafaz Bismillah, mari kita mulakan.
MAYBANK : 5648-1051-3971
BANK ISLAM : 1421-0010-0098-82
AFFIN BANK : 1050-4003-0883
BANK RAKYAT : 1111-5100-1155
Maklumat Perhubungan:
Pejabat Malaysia For Syria : +603-41443441
Unit Pendermaan : +6019-2553441
Kami berdoa semoga setiap sen yang anda (dermawan yang budiman) kongsikan akan diterima Allah dan menjadi amal jariah yang berpanjangan, Amin. Sama-sama kita berdoa semoga Allah membuka pintu hati rakyat Malaysia agar sentiasa bermurah hati untuk #BerkongsiRezeki melalui Malaysia for Syria. Amin Ya Rabb.