EN | MS

INFAK


Sekarang

Infak Pembelian Buku & Pakaian Sekolah

0.0
0.0/5
0 Penilaian
5/5
4 Orang telah infak

Sasaran : RM 20,000 | Terkumpul : RM65

0%

Kongsikan :

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on pinterest

Pilih Bantuan Kemanusian Syria Anda

Rasulullah Bersabda "Tidak akan berkurang harta dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kemuliaan baginya."(HR Muslim)

Sila pilih kempen di bawah untuk mula menderma.

Clear

Biarpun menjadi pelarian, nyata ia bukan penghalang bagi hampir 100 kanak-kanak di Sekolah Jasmine Ash Sham untuk mendapatkan akses kepada pendidikan. Penubuhan Sekolah Jasmine Ash Sham merupakan sebahagian daripada inisiatif memulihkan kembali semangat dan keyakinan kanak-kanak pelarian Syria daripada trauma peperangan yang mencapai usia sedekad lamanya.

Untuk pengetahuan, Sekolah Jasmine Ash Sham merupakan sebuah sekolah khas untuk anak-anak pelarian Syria, Palestin & Yemen. Sekolah ini ditubuhkan pada Januari 2016 dan menempatkan hampir 100 orang pelajar yang berumur dari 5 – 17 tahun. Sekolah ini dibiayai sepenuhnya oleh rakyat Malaysia yang budiman bersama MFS.

Dermawan yang disayangi Allah,
Sesi persekolahan hampir sampai ke penghujungnya, kami di Malaysia For Syria (MFS) dengan rasa rendah hati memohon kepada para dermawan semua untuk membantu kami menjayakan “Kempen Infaq Pembelian Buku & Pakaian Sekolah”.

Kempen ini mensasarkan sumbangan sebanyak RM 20,000. Di mana hasil dari sumbangan ini akan diagihkan kepada anak-anak pelarian di Sekolah Jasmine Ash Sham bagi tujuan pembelian :-

Pelajar lelaki 

  • 2 helai baju sekolah  
  • 2 helai seluar sekolah  
  • 2 pasang sarung kaki 
  • 2 helai t-shirt sukan 
  • Alatan tulis 
  • Pembelian buku-buku sekolah 

Pelajar perempuan 

  • 2 helai baju sekolah 
  • 2 helai jubah sekolah 
  • 2 helai tudung sekolah 
  • 2 helai t-shirt sukan 
  • Alatan tulis 
  • Pembelian buku-buku sekolah 

Justeru, kami merayu kepada semua penyumbang untuk menyalurkan bantuan agar akses pendidikan kepada kanak-kanak pelarian ini dapat diteruskan. Kami berdoa semoga setiap sen yang anda (dermawan yang budiman) kongsikan akan diterima Allah dan menjadi amal jariah yang berpanjangan, Amin. Sama-sama kita berdoa semoga Allah membuka pintu hati rakyat Malaysia agar sentiasa bermurah hati untuk #BerkongsiRezeki melalui Malaysia for Syria. Amin Ya Rabb.

Penilaian & Ulasan Dermawan

{{ reviewsTotal }} Review
{{ reviewsTotal }} Reviews
{{ options.labels.newReviewButton }}
{{ userData.canReview.message }}
0
    0
    Infak Anda
    Tiada Infak LagiLihat Semua Kempen