Langgan Newsletter Kami
Dapatkan info dan perkembangan terkini dari kami terus ke inbox anda.
GANTIKAN KHEMAH USANG MEREKA DENGAN KHEMAH YANG BAHARU.
Persiapan buat menghadapi Musim Sejuk yang sangat kurang menyelesakan, selain daripada makanan dan pakaian tebal musim sejuk, pelarian Syria juga terdesak memerlukan tempat tinggal yang lebih selamat dan selesa. Jika kita mahu mempunyai rumah idaman yang cantik, pelarian Syria cuma memerlukan ‘khemah’ yang selesa, kukuh dan selamat buat mereka sekeluarga tinggal dalam menghadapi musim sejuk yang bakal mereka hadapi tidak lama lagi.
Khemah yang mereka duduki kini semakin hari semakin usang, koyak dan bocor dan tidak lagi dapat menampung salji yang turun. Akibatnya, pelarian Syria ini kesejukan melampau dan seorang demi seorang ahli keluarga mereka juga bakal terbunuh kerana tidak mampu lagi menahan kesejukan yang menggila.
Dermawan yang disayangi Allah sekalian,
Malaysia for Syria kini ingin melaksanakan Kempen Tabung Perlindungan Segera 1.0 bagi menggantikan khemah-khemah pelarian Syria yang sudah usang dengan khemah yang baharu sebagai persediaan sebelum mereka menghadapi musim sejuk.
Justeru, kami di MFS menyeru anda Para Dermawan Malaysia yang prihatin dan baik hati agar bersama-sama kami dalam projek ganti baharu khemah usang pelarian-pelarian Syria agar mereka dapat berlindung dibawah sem rumah yang lebih selamat dan selesa hendaknya. InshaaAllah.
Silakan klik pada pautan "Donate Now" atau ke akaun Malaysian Life Line for Syria Berhad untuk berkongsi rasa kasih dan simpati kita buat mereka. Sumbangan RM1, RM5..semua bermakna buat mereka. Bismillah, Ayuh kita mulakan.
+ MAYBANK : 5648-1051-3971
+ BANK ISLAM : 1421-0010-0098-82
+ AFFIN BANK : 1050-4003-0883
+ BANK RAKYAT : 1111-5100-1155
REF: KhemahSyria
Maklumat Perhubungan:
Pejabat Malaysia For Syria : +603-41443441
Unit Pendermaan : +6019-2553441
Email : donation@malaysia4syria.org
Kami mendoakan agar setiap sen yang anda (Dermawan yang Budiman) kongsikan diterima Allah dan menjadi amal jariah yang berpanjangan, Amin. Sama-sama kita berdoa semoga Allah membuka pintu hati rakyat Malaysia agar sentiasa bermurah hati untuk #BerkongsiRezeki melalui Malaysia for Syria. Amin Ya Rabb.