Jasmine Ash Sham : Tajaan Makanan

RM42,430 of RM81,900 raised
RM
Select Payment Method
Personal Info

Donation Total: RM65.00

Bantu Sebarkan

Kami amat-amat menghargai tuan puan untuk sebarkan kempen derma ini ke media sosial dibawah. Ianya sedikit sebanyak membantu menjayakan kempen ini. Klik pada mana-mana butang di bawah:

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp

'Cikgu saya lapar.' Keluh seorang anak Syria kepada Sir Hasrol, pengetua sekolah Jasmine Ash Sham Alternative Education Centre.

'Rumah saya tidak mempunyai apa-apa makanan untuk saya bawa ke sekolah, cikgu ada makanan sikit tak?' Katanya lagi.

Luluh hati tim Malaysia For Syria (MFS) apabila Sir Hasrol menceritakan kisah ini. Tidak cukupkah anak-anak Syria ini berlapar dahaga ketika mereka di Syria? Tidak cukupkah rumah mereka dibom dan terpaksa melari ke Malaysia sebagai dugaan?

Dermawan yang disayangi Allah,
Setelah mendengar luahan hati pelajar-pelajar Syria ini, kami dengan rendah hati ingin membuka tabung Tajaan Makanan untuk mereka ketika mereka berada di sekolah. Antara menu yang bakal dihidangkan kepada para pelajar adalah Nasi Arab Mandy, Pasta, Pizza, Roti dan Keju, buah, susu dan sebagainya.

  • Sasaran Tahunan September 2020 - September 2021 : RM81,900
  • Sasaran Bulanan : RM6,825
  • Peruntukan seorang pelajar (Bulanan): RM65.00

Jika cukup RM81,900, anak-anak syurga anda dapat menjamu selera setiap hari di sekolah mereka pada waktu rehat!

Untuk pengetahuan semua, sekolah Jasmine Ash Sham adalah sebuah sekolah khas untuk pelarian Syria yang terletak di Setiawangsa, Kuala Lumpur . Sekolah ini ditubuhkan pada September 2016 dan menempatkan lebih 105 orang pelajar Syria yang berumur dari 5 - 18 tahun. Sekolah ini dibiayai sepenuhnya oleh rakyat Malaysia yang budiman bersama MFS.

Nabi bersabda, “Barangsiapa yang memberi makan kepada seorang mukmin, sehingga dapat mengenyangkannya dari kelaparan, maka Allah akan memasukkannya ke dalam salah satu pintu syurga yang tidak dimasuki oleh orang lain kecuali oleh orang-orang sepertinya.” (HR. Thabrani)

Silakan klik pada pautan "Donate Now" atau ke akaun Malaysian Life Line for Syria Berhad untuk berkongsi rasa kasih dan simpati kita buat mereka. Bismillah, Semoga Allah Redha.

+ MAYBANK : 5648-1051-3971
+ BANK ISLAM : 1421-0010-0098-82
+ AFFIN BANK : 1050-4003-0883
+ BANK RAKYAT : 1111-5100-1155
Ref: Tajaan Makanan

Tarikh tutup : 31-01-2021

Maklumat Perhubungan:
Pejabat Malaysia For Syria : +603-41443441
Unit Pendermaan : +6019-2553441 (Sis Iffah)
Email : donation@malaysia4syria.org

Kami berdoa semoga setiap sen yang anda (dermawan yang budiman) kongsikan akan diterima Allah dan menjadi amal jariah yang berpanjangan, Amin. Sama-sama kita berdoa semoga Allah membuka pintu hati rakyat Malaysia agar sentiasa bermurah hati untuk #BerkongsiRezeki melalui Malaysia for Syria. Amin Ya Rabb.