Pilih Bantuan Kemanusian Syria Anda
Rasulullah Bersabda "Tidak akan berkurang harta dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kemuliaan baginya."(HR Muslim)
Sila pilih kempen di bawah untuk mula menderma.
‘Cikgu saya lapar.’ Keluh seorang anak Syria kepada Sir Hasrol, pengetua sekolah Jasmine Ash Sham Alternative Education Centre.
‘Rumah saya tidak mempunyai apa-apa makanan untuk saya bawa ke sekolah, cikgu ada makanan sikit tak?’ Katanya lagi.
Luluh hati tim Malaysia For Syria (MFS) apabila Sir Hasrol menceritakan kisah ini. Tidak cukupkah anak-anak Syria ini berlapar dahaga ketika mereka di Syria? Tidak cukupkah rumah mereka dibom dan terpaksa melari ke Malaysia sebagai dugaan.
Dermawan yang disayangi Allah,
Setelah mendengar luahan hati pelajar-pelajar Syria ini, kami dengan rendah hati ingin membuka tabung Tajaan Makanan untuk mereka ketika mereka berada di sekolah. Antara menu yang bakal dihidangkan kepada para pelajar adalah Nasi Arab, Roti, buah, susu dan sebagainya.
- Sasaran Tahunan Januari 2022 – Disember 2022 : RM81,900
- Sasaran Bulanan : RM6,825
- Peruntukan seorang pelajar (Bulanan): RM65.00
Jika cukup RM81,900, anak-anak syurga anda ini dapat menjamu selera setiap hari di sekolah mereka pada waktu rehat!
Untuk pengetahuan semua, sekolah Jasmine Ash Sham adalah sebuah sekolah khas untuk pelarian Syria yang terletak di Kemensah Heights, Ampang. Sekolah ini ditubuhkan pada September 2016 dan menempatkan lebih 105 orang pelajar Syria yang berumur dari 5 – 18 tahun. Sekolah ini dibiayai sepenuhnya oleh rakyat Malaysia yang budiman bersama MFS.
Nabi bersabda, “Barangsiapa yang memberi makan kepada seorang mukmin, sehingga dapat mengenyangkannya dari kelaparan, maka Allah akan memasukkannya ke dalam salah satu pintu syurga yang tidak dimasuki oleh orang lain kecuali oleh orang-orang sepertinya.” (HR. Thabrani)
Kami berdoa semoga setiap sen yang anda (dermawan yang budiman) kongsikan akan diterima Allah dan menjadi amal jariah yang berpanjangan, Amin. Sama-sama kita berdoa semoga Allah membuka pintu hati rakyat Malaysia agar sentiasa bermurah hati untuk #BerkongsiRezeki melalui Malaysia for Syria. Amin Ya Rabb.