Wakaf Telaga As Salam Untuk Syria

RM208,822 of RM600,000 raised
RM
Caj Transaksi Payment Gateway Billplz .
Select Payment Method
Personal Info

Donation Total: RM100.00

Bantu Sebarkan

Kami amat-amat menghargai tuan puan untuk sebarkan kempen derma ini ke media sosial dibawah. Ianya sedikit sebanyak membantu menjayakan kempen ini. Klik pada mana-mana butang di bawah:

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp

Telaga As Salam 4.0 Untuk Syria

Kemusnahan infrastruktur air akibat perang di Syria menggerakkan hati kami di Malaysia For Syria (MFS) untuk membangunkan projek Telaga As Salam 4.0. Projek telaga air ini bakal dibina di utara Syria iaitu daerah Aleppo yang bakal memanfaatkan lebih 1,000 buah keluarga pelarian Syria.

Air sangat penting dalam kehidupan seharian setiap manusia. Boleh bayangkan kehidupan seharian kita tanpa air? Susah bukan? Banyak kegunaan dan kepentingan air yang pelarian-pelarian Syria belum dapat kerana mereka tidak mempunyai sumber bekalan air bersih untuk meneruskan kelangsungan hidup seperti biasa.

Urusan aktiviti seharian malah untuk melancarkan amal ibadah mereka juga tidak dapat dilakukan dengan sempurna tanpa bekalan air yang bersih. Oleh sebab itu telaga air bersih ini tersangat penting buat pelarian-pelarian Syria.


12 buah telaga air bersih lagi bakal kita bina dalam Syria kerana mereka disana benar-benar terdesak memerlukannya. Tolong kami untuk bantu memudahkan urusan seharian mereka di Syria.

Saad bin Ubadah bertanya kepada Rasulullah SAW, “Wahai Rasulullah, sedekah apa yang paling utama?” Beliau menjawab, “Memberi air (sedekah air).”

(HR Abu Daud)

Justeru, kami di MFS menyeru kepada para dermawan Malaysia yang prihatin dan baik hati agar menyokong pembinaan telaga air ini sebagai tanda rasa peduli dan ehsan anda bagi membantu saudara-saudara Syria kita.

🎈 RM100/ Slot Telaga Mawaddah
🎈 Sasaran : RM600,000
🎈 Tarikh tutup : 31/7/2021

Silakan klik pada pautan DONATE NOW atau ke akaun Malaysian Life Line for Syria Berhad

🇲🇾 MAYBANK : 5648-1051-3971
🇲🇾 BANK ISLAM : 1421-0010-0098-82
🇲🇾 AFFIN BANK : 1050-4003-0883
🇲🇾 BANK RAKYAT : 1111-5100-1155
REF: Telaga As Salam

Maklumat Perhubungan:
📞 Pejabat Malaysia For Syria : +603-41443441
📞 Unit Pendermaan : +6019-2553441 (Whatsapp Sahaja)
📩 Email : donation@malaysia4syria.org

Kami berdoa semoga setiap sen yang anda (dermawan yang budiman) kongsikan akan diterima Allah dan menjadi amal jariah yang berpanjangan. Sama-sama kita berdoa semoga Allah membuka pintu hati rakyat Malaysia agar sentiasa bermurah hati untuk #BerkongsiRezeki melalui Malaysia for Syria. Amin Ya Rabb.


Tuan puan boleh tinggalkan mesej dibawah...