Emergency Appeal : Urgent Call For Lebanon

RM186,103 of RM250,000 raised
RM
Caj Transaksi Payment Gateway Billplz .
Select Payment Method
Personal Info

Donation Total: RM150.00

Bantu Sebarkan

Kami amat-amat menghargai tuan puan untuk sebarkan kempen derma ini ke media sosial dibawah. Ianya sedikit sebanyak membantu menjayakan kempen ini. Klik pada mana-mana butang di bawah:

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp

SEGERA : Urgent Call for Lebanon

Pastinya ramai diantara kita yang maklum mengenai kejadian letupan besar yang berlaku di Beirut, Lubnan semalam apabila tularnya video-video kejadian tersebut yang seakan mirip dengan letupan yang pernah berlaku di Nagasaki dan Hiroshima, Jepun.

Kejadian tersebut adalah berpunca daripada letupan ammonium nitrat yang ditinggalkan lebih 6 tahun tanpa pemantauan di kawasan tersebut Port Beirut, Lubnan. Sehingga kini sejumlah 135 orang telah dilaporkan terbunuh manakala lebih 5,000 mangsa tercedera dan lebih 100,000 orang belum dapat dikesan akibat daripada kejadian letupan tersebut.

Tragedi ini telah mendapat perhatian ramai rakyat Malaysia terutama sekali NGO-NGO kemanusiaan. Kami telah berhubung dengan rakan kerjasama di sana mengenai keperluan bantuan yang penting dan segera untuk disalurkan.

Sebagai respon kemanusiaan terhadap tragedi duka Lubnan ini Malaysia for Syria (MFS) bersama Global Peace Mission (GPM) Malaysia dan juga Muslim Volunteer Malaysia (MVM) akan menggerakkan Kempen Bantuan Urgent Call for Lebanon dengan jumlah sasaran awal adalah sebanyak RM250,000.

Berikut adalah manfaat yang akan disalurkan melalui sumbangan orang ramai :

  • Sokongan perubatan bagi membantu keperluan hospital-hospital termasuk hospital lapangan dalam memberikan rawatan segera kepada mangsa yang terlibat. : RM200/slot
  • Kit Kebersihan bagi keperluan mangsa-mangsa yang terlibat : RM100/slot
  • Penyediaan Pek Makanan terutama kepada petugas-petugas barisan hadapan : RM50/slot

Jom sama-sama kita membantu saudara Lubnan kita; Rasulullah SAW bersadbda: “Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.” (Hadis Riwayat Muslim)

Tarikh tutup : 30-09-2020

Silakan klik pada pautan "Donate Now" atau ke akaun Malaysian Life Line for Syria Berhad untuk berkongsi rasa kasih dan simpati kita buat mereka. Bismillah, Semoga Allah Redha.

+ MAYBANK : 5648-1051-3971
+ BANK ISLAM : 1421-0010-0098-82
+ AFFIN BANK : 1050-4003-0883
+ BANK RAKYAT : 1111-5100-1155

Ref: EmergencyLubnan

Maklumat Perhubungan:
Pejabat Malaysia For Syria : +603-41443441
Unit Pendermaan : +6019-2553441 (Sis Iffah)
Email : donation@malaysia4syria.org

Kami berdoa semoga setiap sen yang anda (dermawan yang budiman) kongsikan akan diterima Allah dan menjadi amal jariah yang berpanjangan, Amin. Sama-sama kita berdoa semoga Allah membuka pintu hati rakyat Malaysia agar sentiasa bermurah hati untuk #BerkongsiRezeki melalui Malaysia for Syria. Amin Ya Rabb.