EN | MS

INFAK


Sekarang

Wakaf Fasiliti Kampung Syrian Al Hayah

0.0
0.0/5
0 Penilaian
5/5
211 Orang telah infak

Sasaran : RM 1,000,000 | Terkumpul : RM7,696

1%

Kongsikan :

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on pinterest

Pilih Bantuan Kemanusian Syria Anda

Rasulullah Bersabda "Tidak akan berkurang harta dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kemuliaan baginya."(HR Muslim)

Sila pilih kempen di bawah untuk mula menderma.

Clear

Penyelenggaraan Kampung Syria

Sebuah perkampungan yang diberi nama Syrian Al Hayah telah dibangunkan di daerah Al Bab, Syria pada tahun 2020. Perkampungan ini dibina hasil kolaborasi Malaysia for Syria bersama 8 buah NGO di Malaysia dan Brunei.

Ianya bertujuan untuk menyediakan penempatan baru buat rakyat Syria yang telah kehilangan tempat tinggal disebabkan krisis dan serangan di Idlib, Syria ketika itu. Perkampungan yang dilengkapi dengan 100 buah rumah serta fasiliti masjid, telaga air bersih dan sebuah sekolah ini sudah diduduki oleh pelarian-pelarian Syria semenjak tahun lalu sehingga ke hari ini.

Atas keperluan mengekalkan keadaan yang baik serta mencegah kerosakan yang berterusan di perkampungan ini, Malaysia for Syria melaksanakan kempen Wakaf Fasiliti Kampung Syrian Al Hayah yang bertujuan untuk menyelenggarakan perkampungan ini. 

Sasaran sejumlah RM1,000,000 diperlukan untuk proses dan kerja-kerja penyelenggaraan dimulakan.

Dermawan yang disayangi Allah, slot sumbangan bagi kempen Wakaf Fasiliti Kampung Syrian Al Hayah adalah seperti berikut:

  • Jalan Tar : RM100
  • Taman Permainan : RM50
  • Penyelenggaraan Masjid : RM30
  • Penyelenggaraan Telaga As Salam : RM30
  • Penyelenggaraan Kawasan Perumahan : RM30

Berdasarkan hadith:

إِنَّ اللَّهَ طَيِّبٌ يُحِبُّ الطَّيِّبَ ، نَظِيفٌ يُحِبُّ النَّظَافَةَ ، كَرِيمٌ يُحِبُّ الكَرَمَ ، جَوَادٌ يُحِبُّ الجُودَ ، فَنَظِّفُوا ، أُرَاهُ قَالَ ، أَفْنِيَتَكُمْ وَلاَ تَشَبَّهُوا بِاليَهُودِ

Maksudnya: Sesungguhnya Allah SWT itu baik, Dia menyukai kebaikan. Allah itu bersih, Dia menyukai kebersihan. Allah itu mulia, Dia menyukai kemuliaan. Allah itu dermawan ia menyukai kedermawanan maka bersihkanlah olehmu tempat-tempatmu dan janganlah kamu menyerupai kaum Yahudi. [Riwayat al-Tirmizi (2799)]

Moga dengan bantuan anda, urusan dan kerja-kerja penyelenggaraan perkampungan ini dimudahkan serta berjaya dijalankan dengan lancar dan terurus. InshaaAllah…

 

Akad Wakaf: “Aku wakafkan sejumlah RM(jumlah sumbangan anda) untuk kos penyelenggaraan perkampungan Syria.”

*Nota : Resit pelepasan cukai tidak disediakan.

Penilaian & Ulasan Dermawan

{{ reviewsTotal }} Review
{{ reviewsTotal }} Reviews
{{ options.labels.newReviewButton }}
{{ userData.canReview.message }}
0
    0
    Infak Anda
    Tiada Infak LagiLihat Semua Kempen