EN | MS

INFAK


Sekarang

Wakaf Sekolah Syria [Jasmine Ash Sham 3.0]

0.0
0.0/5
0 Penilaian
5/5
422 Orang telah infak

Sasaran : RM 1,200,000 | Terkumpul : RM49,829

4%

Kongsikan :

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on pinterest

Pilih Bantuan Kemanusian Syria Anda

Rasulullah Bersabda "Tidak akan berkurang harta dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kemuliaan baginya."(HR Muslim)

Sila pilih kempen di bawah untuk mula menderma.

Clear

Selamatkan Anak Pelarian di Jalanan Syria

Tahukah anda??? Sebenarnya di Syria juga ada sekolah. TETAPI! Kebanyakan sekolah telah roboh dan musnah akibat serangan bom, roket dan sebagainya. Disebabkan itu, terlalu ramai anak-anak disana yang menderita keciciran pendidikan.

Sepanjang misi kemanusiaan yang telah kami laksanakan di negara Syria, kami telah ditemukan dengan terlalu ramai kanak-kanak dan anak remaja yang langsung tidak mampu membacamengira malah menghafal Al-Quran walau hanya sebuah surah pendek.

Perkara ini sangat serius kerana pendidikan adalah hak asasi manusia dan merupakan senjata yang paling ampuh untuk mengubah dunia. Tanpa ilmu, bagaimana mungkin untuk mereka terus bangkit dan menghentikan pemerintahan yang zalim?

Sasaran sejumlah RM1,200,000 diperlukan untuk kita sama-sama bangunkan sebuah sekolah di Syria. Ini akan menjadi sekolah ke-3 yang dibina oleh Malaysia for Syria hasil wakaf rakyat Malaysia demi menyediakan pendidikan yang sempurna buat anak-anak harapan Syria.

Antara fasiliti yang akan disediakan adalah:

  • Kelas
  • Bilik Guru
  • Perpustakaan
  • Makmal Sains dan IT
  • Tandas.

Dermawan yang disayangi Allah, Berikut adalah butiran sumbangan bagi tabung Wakaf Sekolah Syria [Jasmine Ash Sham 3.0] yang bakal dibina di Al-Bab, Syria:

  • Perabot: RM50
  • 100 Bata: RM100
  • Pintu & Tingkap: RM250
  • Atap: RM400
  • Lantai (1 kaki): RM500
  • Tiang: RM1,000
  • Infak Seikhlas Hati
  • Penerima Manfaat: Kanak-kanak pelarian Syria di sekitar daerah Al-Bab, Syria

Sasaran: RM1.2 juta

 

Hadis yang ke-19 di dalam al-Arba‘in al-Nawawiyyah ada menceritakan bagaimana baginda mendekati sepupunya yang kecil dalam usaha baginda menerapkan asas-asas akidah dalam dirinya. Maksudnya : Daripada Abu Al-Abbas Abdullah bin Abbas r.a, beliau berkata :

“Pada suatu hari aku berada di belakang Rasulullah s.a.w lalu baginda bersabda : “Wahai budak! Sudilah kiranya aku mengajarkan kepadamu beberapa kalimah : Peliharalah Allah, nescaya Dia akan memeliharamu. Peliharalah Allah, kamu akan mendapatiNya bersamamu. Apabila kami meminta pertolongan maka mintalah pertolongan daripada Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya jika seluruh manusia berhimpun untuk memberi sesuatu manfaat kepadamu, mereka sesekali tidak akan dapat memberi manfaat itu kepadamu kecuali sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah Taala kepadamu. Dan sekiranya mereka berhimpun untuk mendatangkan bencana kepadamu, mereka tidak akan dapat mendatangkannya kecuali sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah ke atasmu. Telah diangkat kalam dan telah keringlah lembaran.

Akad Wakaf: “Aku wakafkan sejumlah RM(jumlah sumbangan anda) untuk pembinaan sekolah agar anak-anak mangsa perang Syria mendapat hak pendidikan yang sepatutnya.”

*Nota : Resit pelepasan cukai tidak disediakan.


Penilaian & Ulasan Dermawan

{{ reviewsTotal }} Review
{{ reviewsTotal }} Reviews
{{ options.labels.newReviewButton }}
{{ userData.canReview.message }}
0
    0
    Infak Anda
    Tiada Infak LagiLihat Semua Kempen