Satu Bata, RM1 : Wakaf Sekolah

RM3,423 of RM1.2 million raised
RM 30.00
Caj Transaksi Payment Gateway Billplz .
Select Payment Method
Personal Info

Donation Total: RM30.00

Bantu Sebarkan

Kami amat-amat menghargai tuan puan untuk sebarkan kempen derma ini ke media sosial dibawah. Ianya sedikit sebanyak membantu menjayakan kempen ini. Klik pada mana-mana butang di bawah:

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp

Jangan Biarkan Anak-Anak Pelarian Syria Membesar Tanpa Ilmu.

Tukarkan RM1 anda dengan sebiji bata. Bunyinya mungkin pelik, tetapi saya ada perkara yang menarik untuk dikongsikan kepada saudara/ saudari.

Tahukah anda bahawa harga bagi sebiji batu bata di Syria adalah RM1.

Kami temui beberapa masalah pendidikan di Syria, beberapa darinya adalah:

  • Terlalu ramai kanak-kanak dan anak remaja yang langsung tidak mampu membaca, mengira.
  • Malah tidak mampu menghafal Al-Quran walau hanya sebuah surah pendek.

Situasi di sekolah Jasmine Ash Sham 1.0 di Kuala Lumpur ketika anak-anak Syria sedang menduduki peperiksaan akhir tahun 2021.

 

Kanak-kanak pelarian Syria di sekolah Jasmine Ash Sham 2.0 di El-Bab ketika hari pertama persekolahan pada tahun 2021.

 

Sasaran sejumlah RM1,200,000 diperlukan bagi menampung kos pembinaan sekolah, upah kontraktor, pempaipan, pembelian perabut sekolah serta kos pendawaian dan pemasangan elektrik.

Ini akan menjadi sekolah ke-3 yang dibina oleh Malaysia for Syria - MFS hasil wakaf rakyat Malaysia demi menyediakan pendidikan yang sempurna buat anak-anak harapan Syria.

Antara fasiliti yang akan disediakan adalah:

    • Kelas
    • Bilik Guru
    • Perpustakaan
    • Makmal Sains dan IT
    • Tandas

Pelan sekolah yang bakal dibina di Syria.

Dermawan yang disayangi Allah, Berikut adalah butiran sumbangan bagi tabung Satu Bata, RM1 : Wakaf Sekolah yang bakal dibina di Al-Bab, Syria:

  • RM1 / Bata
  • Sasaran: RM1.2 juta
  • Penerima Manfaat: Kanak-kanak pelarian Syria di sekitar daerah El-Bab dan 'Azaz di Syria

Seorang anak-anak Syria tersenyum gembira apabila pulang dari "sekolah" yang berdindingkan canvas di kawasan perkhemahan mereka.

Mereka hanya ke madrasah dibawah khemah usang untuk belajar membaca Al-Quran.

Hadis yang ke-19 di dalam al-Arba‘in al-Nawawiyyah ada menceritakan bagaimana baginda mendekati sepupunya yang kecil dalam usaha baginda menerapkan asas-asas akidah dalam dirinya. Maksudnya : Daripada Abu Al-Abbas Abdullah bin Abbas r.a, beliau berkata :

“Pada suatu hari aku berada di belakang Rasulullah s.a.w lalu baginda bersabda : “Wahai budak! Sudilah kiranya aku mengajarkan kepadamu beberapa kalimah : Peliharalah Allah, nescaya Dia akan memeliharamu. Peliharalah Allah, kamu akan mendapatiNya bersamamu. Apabila kami meminta pertolongan maka mintalah pertolongan daripada Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya jika seluruh manusia berhimpun untuk memberi sesuatu manfaat kepadamu, mereka sesekali tidak akan dapat memberi manfaat itu kepadamu kecuali sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah Taala kepadamu. Dan sekiranya mereka berhimpun untuk mendatangkan bencana kepadamu, mereka tidak akan dapat mendatangkannya kecuali sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah ke atasmu. Telah diangkat kalam dan telah keringlah lembaran.

Tarikh Tutup : 02-04-2022


Silakan klik pada pautan "Donate Now" atau ke akaun Malaysian Life Line for Syria Berhad.

🇲🇾 AFFIN BANK : 1050-4003-0883
Ref: WakafSekolah

Maklumat Perhubungan:
Pejabat Malaysia For Syria : +603-41443441
Unit Pendermaan : +6019-2553441
Email : donation@malaysia4syria.org


Sesungguhnya orang-orang yang beruntung adalah mereka yang berebut-rebut untuk melakukan kebaikan serta menghulurkan bantuan ketika insan lain memerlukannya terutamanya ketika bulan Ramadan. Semoga setiap sen yang dikeluarkan untuk meringankan beban mereka, Allah SWT memudahkan urusan seharian anda semua. Aminn inshaaAllah.


*Nota : Resit pelepasan cukai tidak disediakan.


Tuan puan boleh tinggalkan mesej dibawah...