Pilih Bantuan Kemanusian Syria Anda
Rasulullah Bersabda "Tidak akan berkurang harta dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kemuliaan baginya."(HR Muslim)
Sila pilih kempen di bawah untuk mula menderma.
Jasmine Ash Sham Alternative Education Centre dijangka bakal menerima lebih bilangan pelajar yang tergolong dari kalangan anak-anak pelarian Syria dan sebagainya pada tahun 2022. Oleh itu, dengan jumlah peningkatan pelajar yang telah disemak dan disenaraikan menyebabkan keperluan pengangkutan yang lebih sesuai dan mencukupi untuk mengambil mereka dataang ke sekolah seterusnya menghantar mereka pulang ke pangkuan ibu ayah setiap hari.
Van sekolah yang mereka naiki sekarang adalah sudah tidak mampu lagi untuk menampung bilangan pelajar yang ada dan akibatnya pemandu van sekolah terpaksa berulang alik beberapa kali untuk mengambil para pelajar Jasmine Ash Sham ke sekolah. Malah pada waktu habis sekolah pula mereka terpaksa menunggu giliran untuk dihantar pulang.
Untuk pengetahuan semua, sekolah Jasmine Ash Sham adalah sebuah sekolah khas untuk pelarian Syria yang terletak di Setiawangsa, Kuala Lumpur . Sekolah ini ditubuhkan pada September 2016 dan menempatkan lebih 105 orang pelajar Syria yang berumur dari 5 – 18 tahun. Sekolah ini dibiayai sepenuhnya oleh rakyat Malaysia yang budiman bersama MFS.
Link Facebook sekolah Jasmine Ash Sham : Klik Sini
Dermawan yang disayangi Allah sekalian,
Malaysia for Syria kini membuka peluang untuk anda yang ingin bersama-sama dalam projek Waqaf Van Sekolah Pelarian Syria di Malaysia agar anak-anak masa depan Syria tidak perlu lagi bersempit-sempit dan bergilir menaiki van untuk ke sekolah.
Justeru, kami di MFS menyeru anda Para Dermawan Malaysia yang prihatin dan baik hati agar bersama-sama kami dalam projek ganti Waqaf Van Sekolah Pelarian Syria di Malaysia agar anak-anak masa depan Syria dapat pergi dan pulang dari sekolah dalam keadaan yang lebih selamat dan selesa hendaknya. InshaaAllah.
Sasaran sumbangan bagi tajaan van sekolah ini termasuk harga bagi kos:
1. Van C.A.M Placer X 3.0L 25 seater : RM154,170.00
2. Harga petrol & tol untuk setahun : RM20,700
3. Gaji pemandu untuk setahun : RM15,000
- RM100/ Slot Waqaf Van Sekolah
- Sasaran : RM189,870.00
Kami mendoakan agar setiap sen yang anda (dermawan yang budiman) kongsikan akan diterima Allah dan menjadi amal jariah yang berpanjangan, Amin. Sama-sama kita berdoa semoga Allah membuka pintu hati rakyat Malaysia agar sentiasa bermurah hati untuk #BerkongsiRezeki melalui Malaysia for Syria. Amin Ya Rabb.