
Gelombang Lailatul Qadar - Mencari Malam Seribu Bulan
Jadualkan Sedekah 10 Malam Terakhir Ramadan Anda dengan Gelombang Lailatul Qadar.
Kita kini sudah berada di ambang 10 malam terakhir Ramadan dan kebanyakan diantara kita ingin mendedikasi masa-masa yang berbaki ini untuk lebih mendekatkan diri kepadaNYA dengan berzikir, solat dan bersedekah. Semestinya, kita sebagai umat Islam ingin melakukan yang terbaik dalam mencari malam seribu bulan, malam Lailatul Qadar.
Allah berfirman yang bermaksud : “Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) pada Malam al-Qadar, Dan adakah engkau mengetahui akan kebesaran Malam al-Qadar itu?, Malam al-Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan”. [al-Qadr, 1-3]
Oleh sebab itu, kami bawakan/laksanakan inisiatif kempen Gelombang Lailatul Qadar untuk anda, ianya adalah merupakan sebuah platform yang bakal membantu anda supaya tidak akan terlupa bersedekah pada 10 malam terakhir Ramadan dan anda tidak akan terlupa juga untuk bersedekah di malam yang kita buru iaitu malam Luar Biasa, malam Lailatul Qadar.
Bagaimana kempen Gelombang Lailatul Qadar ini berfungsi?
Untuk menjadualkan sedekah, adalah teramatlah mudah – anda hanya perlu menekan butang “GELOMBANG LAILATUL QADAR’’ di atas dan mulakan dengan empat Langkah termudah di bawah:
1. Tekan butang “Gelombang Lailatul Qadar”
2. Pilih kempen yang anda ingin salurkan sumbangan.
3. Masukkan Nama, Email dan No Telefon anda.
4. Anda akan menerima email pada setiap hari, jam 9 malam dan 5 pagi sebagai peringatan untuk sedekah Gelombang Lailatul Qadar yang telah anda pilih.
Dan… Siap! Sekarang anda boleh fokus untuk lebih mendekatkan diri kepadaNYA tanpa rasa risau mengenai sedekah pada malam Lailatul Qadar.