Pilih Bantuan Kemanusian Syria Anda
Rasulullah Bersabda "Tidak akan berkurang harta dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kemuliaan baginya."(HR Muslim)
Sila pilih kempen di bawah untuk mula menderma.
TAUFAN DANIEL & BANJIR BESAR TELAH MEMBADAI LIBYA 🇱🇾
Taufan Daniel yang kuat telah melanda 5 buah negara terlebih dahulu iaitu Greece, Bulgaria, Turkiye, Israel, & Egypt pada awal September sebelum membadai teruk bumi Libya. Hujan lebat pada 10 September 2023 telah membuatkan 2 empangan di bandar Derna, Libya tidak dapat menampung kapasiti air tersebut & pecah pada 11 September 2023, lalu melimpah ke arah bandar Derna.
Kawasan bandar Derna, Libya yang dipenuhi dengan lumpur & infrastruktur yang musnah setelah dibadai banjir besar.
Bencana ini telah mengorbankan lebih 5,200 mangsa & dijangka terus meningkat. 30,000 mangsa telah kehilang tempat tinggal & dianggarkan seramai 20,000 mangsa masih hilang di bawa arus banjir. Salam takziah buat mereka yang terkesan.
Lebih 1,000 mayat telah dikumpulkan, sekurang-kurangnya 700 yang telah dikebumikan setakat ini, kata menteri kesihatan untuk timur Libya.
Sehubungan itu, Malaysia for Syria Care (MFSCare) telah terpanggil bagi membantu dengan menggerakkan tabung Bantuan Kecemasan buat Libya. Juga membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk turut sama membantu menyalurkan bantuan dan menyelamat mangsa yang terkesan di Libya.
Kempen ini mensasarkan sumbangan sebanyak RM 250,000. Antara bentuk bantuan keperluan yang bakal disalurkan kepada mangsa adalah:
- Kit Makanan: RM 100
- Kit Pakaian: RM 100
- Kit Perubatan: RM 250
- Infak Seikhlas Hati
Kami menyeru rakyat Malaysia untuk bersama membantu menghulurkan sumbangan buat mereka.
Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai kebajikan (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi. Sesuatu apa jua yang kamu dermakan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.” (Ali Imran: 92)
Semoga sumbangan yang anda salurkan memberi manfaat kepada mangsa banjir yang sangat memerlukan ketika, in sya Allah.
*Nota: Resit pelepasan cukai tidak disediakan.