Pilih Bantuan Kemanusian Syria Anda
Rasulullah Bersabda "Tidak akan berkurang harta dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kemuliaan baginya."(HR Muslim)
Sila pilih kempen di bawah untuk mula menderma.
TABUNG BENCANA GEMPA BUMI : SYRIA DAN TURKIYE
Pada hari Isnin (6/2/ 2023), satu dunia telah digemparkan dengan gempa bumi di Gazientep, Turkiye. Gegaran yang kuat di Turkiye turut dirasai di negara jiran seperti Syria, Lubnan, Cyprus, Iraq, dan Palestin. Dalam masa satu hari sahaja bumi Turkiye telah digoncang oleh 2 gempa besar yang berskala 7.5- 7.8 ritcher. Ia telah mengakibatkan ribuan orang awam terkorban, tercedera dan ramai yang masih hilang disebalik timbunan konkrit dari runtuhan bangunan tersebut.
Ujian demi ujian datang silih berganti buat rakyat Syria. Konflik peperangan yang masih belum tamat, ditimpa pula gempa bumi ketika musim sejuk telah mengakibatkan mereka kehilangaan tempat tinggal dan keluarga tercinta dalam sekelip mata seperti sudah jatuh ditimpa tangga.
Mangsa gempa terpaksa duduk di luar bangunan, rumah atau di dalam kenderaan untuk menjaga keselamatan diri dari runtuhan bangunan, susulan daripada gempa yang berlaku. Bayangkan mereka terpaksa menahan kesejukan tanpa keperluan alat pemanas, baju tebal, selimut, makanan serta perubatan yang mencukupi.




Oleh itu, Malaysia for Syria (MFS) telah melancarkan tabung Bantuan Kecemasan Gempa Bumi bagi membantu rakyat Syria dan Turkiye yang terkesan akibat gempa yang berlaku. Dana yang terkumpul akan di sumbangkan kepada mereka yang terkesan.
Berikut adalah jenis bantuan keperluan yang bakal diagihkan kepada mangsa gempa bumi di sana iaitu:
- Makanan Panas: RM 20.00
- Kotak Makanan: RM 180.00
- Perubatan: RM 200.00
- Alat Pemanas dan Petrol : RM 200.00
- Khemah : RM70 / slot atau RM700 / khemah
- Sewaan Alat Mencari & Menyelamat : RM100 / sejam
- Kit Musim Sejuk: Selimut, Tilam, Stokin, Baju Sejuk, Mafla dan Penempatan Sementara : RM 1,000
- Infak Seikhlas Hati.
Kami menyeru rakyat Malaysia untuk bersama membantu menghulurkan sumbangan buat mereka.
Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai kebajikan (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi. Sesuatu apa jua yang kamu dermakan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.” (Ali Imran: 92)
Semoga sumbangan yang anda salurkan memberi manfaat kepada mangsa gempa bumi yang sangat memerlukan ketika, in sya Allah.
*Nota: Resit pelepasan cukai tidak disediakan.