Pilih Bantuan Kemanusian Syria Anda
Rasulullah Bersabda "Tidak akan berkurang harta dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kemuliaan baginya."(HR Muslim)
Sila pilih kempen di bawah untuk mula menderma.
Tajaan Iftar untuk Mangsa Gempa & Pelarian Syria.
SubhanaAllah, seluruh dunia telah digemparkan dengan berita gempa bumi yang mengoncangkan negara Turkiye. Gegaran yang kuat itu juga dapat dirasai oleh negara jiran. Antara negara yang teruk terkesan susulan dari gempa bumi ini adalah Syria. Ramadan kian tiba, namun mereka hilang kesemuanya dalam sekelip mata seperti awal konflik saudara Syria bermula.
Hilang tempat tinggal… hilang keluarga tercinta.
Gagahnya seorang anak memapah ibunya kembali ke khemah. Bayangkan jika mak cik ini ibu kita yang perlu mengharungi musim sejuk di dalam khemah yang kekurangan keperluan asas.
Lelah peperangan belum berakhir, kini mereka diuji lagi dengan kehilangan tempat tinggal akibat gempa.
Iftar seharusnya disambut dengan penuh rasa gembira bersama ahli keluarga tercinta. Namun, ujian demi ujian datang silih berganti buat saudara kita di Syria. Konflik peperangan yang masih berlaku, di tambah pula dengan gempa bumi yang telah memusnahkan harta benda mereka. Kini mereka hanya tinggal sehelai sepingang.
Maka, dengan penuh rasa prihatin kami dari Malaysia for Syria (MFS) ingin mengajak anda semua untuk bersama membantu dengan menyalurkan sumbangan Set Iftar RM 20 buat mangsa gempa dan pelarian Syria. Tiada tempat mereka bergantung harap selain dari kita saudara Islam mereka.
Set iftar yang telah diagihkan di sebuah kem pelarian di Syria.
Lelah peperangan belum berakhir, kini mereka diuji lagi dengan kehilangan tempat tinggal akibat gempa.
Kanak-kanak ini sedang memegang juadah iftar iaitu Nasi, Kacang Pea dan daging cincang.
Petugas kami di lapangan sedang memasak juadah iftar untuk pelarian Syria.
Agihan juadah set iftar kepada pelarian Syria.
Rasulullah SAW bersabda:
“Barang siapa yg memberi makan kepada seorang mukmin, sehingga dapat mengenyangkannya dari kelaparan, maka Allah akan memasukkannya ke dalam salah satu pintu surga yang tidak dimasuki oleh orang lain kecuali oleh orang-orang sepertinya.” (HR. Thabrani)
Manisnya berkongsi rezeki. Bersama kita doakan setiap set iftar yang diberikan kepada mangsa gempa dan pelarian Syria ini dapat melapik perut dan mengenyangkan mereka untuk bulan Ramadan tahun ini, InsyaAllah.
Anda boleh pilih slot bantuan diatas atau salurkan terus ke akaun 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚𝐧 𝐋𝐢𝐟𝐞 𝐋𝐢𝐧𝐞 𝐟𝐨𝐫 𝐒𝐲𝐫𝐢𝐚 𝐁𝐞𝐫𝐡𝐚𝐝:
- MAYBANK : 564810513971
- BANK ISLAM : 14210010009882
𝐑𝐄𝐅: IftarGempa
*Nota: Resit perlepasan cukai tidak disediakan.