Pilih Bantuan Kemanusian Syria Anda
Rasulullah Bersabda "Tidak akan berkurang harta dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kemuliaan baginya."(HR Muslim)
Sila pilih kempen di bawah untuk mula menderma.
MENAJA SET IFTAR BUAT MANGSA GEMPA.
Dalam kita teruja akan bulan Ramadan yang bakal tiba, ada antara saudara kita yang tidak berkesempatan untuk membuat persiapan bagi menyambut bulan Ramadan. Di mana, dua buah negara iaitu Tukiye dan Syria telah diuji dengan bencana gempa bumi pada 6 Februari yang lalu. Sekaligus telah meragut lebih 50,000 nyawa dan mereka yang tersayang.
Dek kerana gegaran yang kuat rumah yang dihuni oleh mereka hancur menyembah bumi. Kini, khemah-khemah yang dibangunkan ini lah menjadi tempat tinggal sementara mereka. Ramadan kali ini mereka berpuasa tanpa keluarga tercinta, rumah yang selesa, juadah iftar yang belum tentu ada dan mencukupi.
Rumah mereka hancur musnah akibat gempa yang berlaku awal Februari lalu.
Masih ramai mangsa yang tidak menerima barangan bantuan apatah lagi bulan Ramadan yang semakin menghampiri. MFS dengan penuh rasa prihatin menyeru anda dermawan budiman untuk bersama menginfak set iftar bagi mangsa gempa Tukriye- Syria.
Penyediaan dan agihan Set Iftar kepada pelarian Syria ketika Ramadan Al Habeeb.
Set Iftar yang anda boleh pilih untuk diinfakkan adalah seperti berikut:
- 2 Set Iftar: RM 33.33
- 4 Set Iftar: RM 133.30
- 6 Set Iftar: RM 200.00
- 8 Set Iftar: RM 266.60
- 10 Set Iftar: RM 333.30
- Infak Seikhlas Hati
Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai kebajikan (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi. Sesuatu apa jua yang kamu dermakan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.” (Ali Imran: 92)
Kempen ini mensasarkan sumbangan sebanyak RM 33,333 . Semoga sumbangan yang anda salurkan memberi manfaat kepada mangsa gempa bumi yang terkesan, in sya Allah.
Anda boleh pilih slot bantuan diatas atau salurkan terus ke akaun 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚𝐧 𝐋𝐢𝐟𝐞 𝐋𝐢𝐧𝐞 𝐟𝐨𝐫 𝐒𝐲𝐫𝐢𝐚 𝐁𝐞𝐫𝐡𝐚𝐝:
- MAYBANK : 564810513971
- BANK ISLAM : 14210010009882
𝐑𝐄𝐅: InfakVaganza
*Nota: Resit pelepasan cukai tidak disediakan.