Pilih Bantuan Kemanusian Syria Anda
Rasulullah Bersabda "Tidak akan berkurang harta dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kemuliaan baginya."(HR Muslim)
Sila pilih kempen di bawah untuk mula menderma.
MUSIM SEJUK UMPAMA MIMPI NGERI BUAT PELARIAN SYRIA
Februari lalu kita telah digemparkan dengan gempa bumi di Syria yang telah mengorbankan ribuan nyawa. Tragedi ini pastinya menjadi satu momen pahit yang perlu ditelan oleh mereka untuk meneruskan kehidupan.
Musim sejuk kali ini akan menambahkan lagi keperitan yang dihadapi oleh mereka. Ketahuilah saudara/saudari saban tahun suhu dibawah paras beku telah meragut nyawa pelarian Syria. Lebih-lebih lagi, anak kecil yang tidak mempunyai ketahanan badan yang kuat untuk melawan kesejukan tersebut.
Bayangkan kesejukan merendam tangan dalam bekas yang dipenuhi ais pun dah boleh buat sakit kepala. Betapa sejuknya! Tiada bahan bakar untuk menghangatkan badan, tiada baju yang sesuai dan mencukupi untuk melindungi diri, tiada makanan untuk mengisi perut kosong mereka, yang ada cuma harapan agar saudara seluruh dunia mampu bersimpati dengan keperitan hidup mereka.
Seperti tahun-tahun sebelumnya, bantuan-bantuan keperluan pada musim sejuk kali ini akan disampaikan menerusi kempen Misi Musim Sejuk Untuk Syria 12.0 yang akan dilaksanakan pada hujung tahun ini, in sya Allah.
Kempen ini mensasarkan sumbangan sebanyak RM 1,000,000 dan akan bermula dari 29/7/2023 – 29/2/2024.
Berikut adalah jenis bantuan keperluan musim sejuk yang bakal diagihkan:-
✅ Makanan Panas – RM20/ Individu
✅ Set Makanan Panas – RM100/ Keluarga
✅ Kotak Makanan – RM150/ Keluarga
✅ Baju Tebal – RM150
✅ Alat Pemanas (Gasoline / Arang / Kayu Api)– RM200/ Keluarga
Rasulullah SAW menjelaskan kelebihan menolong orang lain yang dalam kesusahan, maksudnya:
“Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.”
(Hadis riwayat Muslim)
Mereka sedang menantikan bantuan daripada kita. Semoga dengan sumbangan anda dapat membantu meringankan penderitaan mereka dan memberi kehangatan serta harapan dalam mengharungi cuaca yang sukar ini.
Anda boleh pilih slot bantuan diatas atau salurkan terus ke akaun 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚𝐧 𝐋𝐢𝐟𝐞 𝐋𝐢𝐧𝐞 𝐟𝐨𝐫 𝐒𝐲𝐫𝐢𝐚 𝐁𝐞𝐫𝐡𝐚𝐝:
- MAYBANK : 564810513971
- BANK ISLAM : 14210010009882
𝐑𝐄𝐅: Musimsejuk
*Nota: Resit perlepasan cukai tidak disediakan.