Pilih Bantuan Kemanusian Syria Anda
Rasulullah Bersabda "Tidak akan berkurang harta dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kemuliaan baginya."(HR Muslim)
Sila pilih kempen di bawah untuk mula menderma.
BINA MASJID DEMI RINGANKAN BEBAN SYRIA!
Perang yang melanda Syria sejak 2011 mengakibatkan kemusnaahan fasiliti. Kurangnya masjid-masjid di Syria menyukarkan saudara-saudara kita untuk berkumpul berjemaah dan beribadah. Saat ini, komuniti Syria dalam usaha untuk membina masjid baru yang berdekatan tempat tinggal di sana. Namun, ekonomi di Syria sangatlah teruk hingga mereka tak mampu untuk kumpul dana sendiri.
Kami di Malaysia for Syria – MFS sejujurnya tak sunggup melihat saudara-saudara kita di Syria beribadah di bawah panas terik dan hujan. Justeru, kami terpanggil untuk membuka kempen Tabung Pembinaan Masjid di Syria demi meringankan beban mereka.
Kami buka Slot Wakaf untuk memenuhi beberapa keperluan pembinaan masjid yang diberi nama
Berikut adalah butiran sumbangan untuk Masjid Shafi’i :-
- Lantai : RM50/ slot
- Permaidani : RM50/ Kaki
- Atap : RM100/ slot
- Tempat wuduk & tandas : RM150/ slot
- Dinding : RM200/ slot
- Tiang : RM500/ slot
Dermawan Malaysia, sudikah anda bersama kami untuk bantu saudara-saudara kita dengan berwakaf untuk pembinaan masjid di Syria?
‘‘Sesiapa yang membina masjid kerana Allah, Allah membina baginya rumah di syurga kelak (binaan) seumpamanya.” – (Hadis Riwayat Muslim).
Ayuh, sama-sama kita bina masjid di Syria! InsyaAllah, ganjaran berwakaf anda berterusan selagi masjid ini dimanfaatkan. Aminnn!