Pilih Bantuan Kemanusian Syria Anda
Rasulullah Bersabda "Tidak akan berkurang harta dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kemuliaan baginya."(HR Muslim)
Sila pilih kempen di bawah untuk mula menderma.
Tal Abyad : Bandar miskin di dalam Syria yang tidak mendapat perhatian dunia
Tal Abyad merupakan kawasan di dalam Syria yang tidak mendapat perhatian kebanyakan NGO seluruh dunia. Kebanyakan penduduk di sini masih lagi tidak membangun seperti kawasan yang lain. Kawasan ini juga baru sahaja bebas daripada menjadi zon perang dan markas para pengganas. Banyak bangunan seperti sekolah & masjid telah dihancurkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini.
Kerana itulah Malaysia For Syria mengambil inisiatif membangunkan Masjid Ash Shafie yang merupakan satu-satunya masjid di dalam Tal Abyad berkat pertolongan daripada anda semua rakyat Malaysia. Namun pembinaan masjid masih lagi dalam proses penyempurnaan. Banyak lagi yang masih belum sempurna antaranya Naskah Al-Quran yang perlu diisi untuk kegunaan penduduk di sini.
Masjid Ash-Shafie sebagai satu-satunya masjid di dalam Kota Tal Abyad
Al-Quran yang mereka gunakan sekarang sudah lusuh, pudar tulisannya dan usang. Yang lagi menyedihkan adalah walaupun mereka berbahasa Arab, masih ramai lagi kanak-kanak pelarian Syria yang tidak mampu menghafal surah-surah pendek kerana mereka tidak mampu membeli Al Quran.
Dermawan yang disayangi Allah,
Kami telah mengedarkan bantuan Kit Ibadah seperti Al-Quran dan sejadah kepada pelarian-pelarian di perkampungan Al-Bab , Azaz & Idlib pada sejak tahun-tahun yang lalu. Ayuh laksanakannya sekali lagi tahun ini. Berikut adalah butiran wakaf Set Al-Quran dan Sejadah untuk Syria;
- Set Al-Quran : RM50
- 3 Set Al-Quran : RM150
- 5 Set Al-Quran : RM250
- Sasaran : 5,000 buah keluarga
Anda juga boleh mewakafkan set ini bagi pihak ibu ayah yang telah meninggal dunia, rakan-rakan, ahli keluarga lain malah bagi pihak diri sendiri. Anda wakaf, kami sampaikan. inshaaAllah.
Anak pelarian Syria ini menunjukkan Al-Quran baru yang diterima oleh Malaysia For Syria ( Kiri ) bersama dengan Al-Quran lama yang digunakan sebelumnya ( Kanan )
Bismillah, jom menyucikan hati ini atau orang yang tersayang dengan menginfakkan sedikit rezeki yang telah Allah turunkan kepada anda terus ke akaun di bawah atau boleh pilih bantuan di atas.
Nama bank : MALAYSIAN LIFE LINE FOR SYRIA BERHAD
MAYBANK : 564810513971
BANK ISLAM : 14210010009882
Sila letakkan reference “Wakaf Al-Quran As-Shafie”
Akad Wakaf: “Aku wakafkan sejumlah RM(jumlah sumbangan anda) untuk memberikan Naskah Al-Quran dan Sejadah untuk pelarian Syria yang memerlukan.”