Pilih Bantuan Kemanusian Syria Anda
Rasulullah Bersabda "Tidak akan berkurang harta dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kemuliaan baginya."(HR Muslim)
Sila pilih kempen di bawah untuk mula menderma.
PAHALA BERTERUSAN DENGAN WAKAF KIT IBADAH
12 tahun Malaysia for Sryia (MFS) tidak berhenti menyalurkan bantuan & membangunkan kembali infarstruktur asas selepas tragedi tahun 2011 yang berlaku di Syria.
Ketahuilah masih ada masjid di Syria & Malaysia yang masih tidak mempunyai Kit Ibadah yang elok serta selesa untuk saudara kita gunakan.
Bergerak seiring masa beberapa fasiliti ini perlu di tukar ganti kerana telah lusuh & perlu di tambah bagi menampung kegunaan kapasiti komuniti di sekitar kawasan masjid. Antaranya:
- Al-Quran
- Sejadah
- Tasbih
- Rehal
- Alat ibadah yang lain
Oleh sebab itu, Malaysia for Syria – MFS melancarkan kempen Wakaf Kit Ibadah demi memudahkan urusan ibadah mereka.
Apabila telah mati seorang manusia, maka terputuslah baginya pahala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya.
Riwayat Muslim (1631)
Semoga dengan hadiah yang bakal kita berikan kepada mereka ini dapat menggandakan pahala amalan harian kalian yang lain. Aamiin!!
*Nota: Resit pelepasan cukai tidak disediakan.