Pilih Bantuan Kemanusian Syria Anda
Rasulullah Bersabda "Tidak akan berkurang harta dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kemuliaan baginya."(HR Muslim)
Sila pilih kempen di bawah untuk mula menderma.
Menyelenggara Masjid untuk Keselesaan Beribadah
Alhamdulillah, saat ini, masjid dari hasil sumbangan anda rakyat Malaysia telah berjaya dibina & dimanfaatkan oleh pelarian Syria di Lubnan & Syria.
Namun, masjid ini memerlukan penyelenggaraan dari semasa ke semasa agar saudara kita dapat beribadah dalam ruangan yang selesa & bersih. Oleh itu, kami terpanggil untuk membuka Tabung Penyelenggaraan Masjid As-Sabeel.
Dermawan yang disayangi Allah,
Ini adalah butiran kos penyelenggaraan yang diperlukan untuk Masjid As-Sabeel:
- Kos Fasiliti: RM 50
- Kos Pembersihan: RM 50
- Upah Imam: RM 100
- Kos Operasi: RM 100
Dermawan Malaysia, sudikah anda bersama kami untuk bantu saudara-saudara kita dengan berwakaf untuk penyelenggaraan masjid ini?
Seperti yang telah disebut dalam surah Al-Baqarah ayat 261:
“Perumpamaan orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah samalah seperti menanam sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, tiap-tiap satu tangkai pula mengandungi seratus biji dan Allah akan mengandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakinya dan Allah Maha Luas Rahmat dan Limpah kurniaNya lagi Maha Mengetahui”
InsyaAllah, semoga setiap sen yang diwakafkan ini Allah berikan ganjaran berterusan selagi masjid ini dimanfaatkan. Aamiin!!
*Nota : Resit pelepasan cukai tidak disediakan.