Pilih Bantuan Kemanusian Syria Anda
Rasulullah Bersabda "Tidak akan berkurang harta dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kemuliaan baginya."(HR Muslim)
Sila pilih kempen di bawah untuk mula menderma.
Wakaf Masjid Anda di Syria & Lubnan!
Malaysia for Syria pada tahun 2021 ini telah membeli sebuah tanah berkeluasan 1,000 meter persegi di Lubnan dan Syria. Tanah ini berdekatan dengan ratusan buah kem yang menempatkan pelarian-pelarian Syria di Lubnan dan di Syria.
Di tanah ini, kami bercadang untuk membina 2 buah lagi Masjid As-Sabeel. Masjid As-Sabeel ini akan dibina setinggi 3 tingkat yang mana beberapa jenis fasiliti penting disediakan di setiap tingkat untuk aktiviti dan program keagamaan seperti :
- Mimbar
- Pusat tahfiz,
- Tempat solat,
- Tempat wuduk,
- Dewan serbaguna,
Masjid ini boleh digunakan oleh pelarian-pelarian Syria serta rakyat Lubnan yang tinggal disekitar kawasan masjid ini.
Dermawan yang disayangi Allah,
Berikut adalah butiran sumbangan bagi tabung Waqaf Masjid As-Sabeel yang bakal dibina di Syria dan di Lubnan:
- RM250 / Slot
- Sasaran: RM1 juta
- Penerima Manfaat: Pelarian Syria di Syria dan rakyat Lubnan di Arsal
Seperti yang telah disebut dalam surah Al-Baqarah ayat 261:
“Perumpamaan orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah samalah seperti menanam sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, tiap-tiap satu tangkai pula mengandungi serratus biji dan Allah akan mengandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakinya dan Allah Maha Luas Rahmat dan Limpah kurniaNya lagi Maha Mengetahui”
Akad Wakaf: “Aku wakafkan sejumlah RM(jumlah sumbangan anda) untuk pembinaan masjid agar dapat memudahkan urusan ibadah harian pelarian Syria yang memerlukan.”
*Nota : Resit pelepasan cukai tidak disediakan.