Pilih Bantuan Kemanusian Syria Anda
Rasulullah Bersabda "Tidak akan berkurang harta dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kemuliaan baginya."(HR Muslim)
Sila pilih kempen di bawah untuk mula menderma.
Wakaf Bagi Pihak Ibu Ayah Yang Sudah Meninggal
Malaysia for Syria – MFS mahu menjayakan kempen Wakaf Al-Quran dan sejadah untuk Syria dan saudara-saudara di Malaysia. Tercetusnya idea ini adalah kerana ketika kami sedang melaksanakan agihan bantuan di kem-kem pelarian Syria di Turki, Syria dan Lubnan.
Selain daripada bekerja mencari rezeki untuk keluarga, kebanyakan orang Arab Syria juga akan menghabiskan masa lapang mereka dengan membaca Al-Quran, solat sunat dan beribadah kepada Allah SWT. Begitu juga saudara-saudari di Malaysia.
Namun begitu, tidak semua pelarian Syria dan mempunyai walaupun hanya sebuah naskah Al-Quran mahupun sejadah. Mereka hanya mampu solat di dalam khemah beralaskan tanah atau pakaian yang diganti dan dijadikan sebagai sejadah tempat mereka bersujud. Sifat cintakan Al-Quran ini sangat mahal namun tidak semua orang mampu merasainya hanya kerana ketiadaan naskah Al-Quran dan sejadah yang elok dan selesa untuk mereka guna.
Sejadah yang mereka gunakan sudah nipis, lusuh dan kesemuanya sudah hampir terkoyak. Sejadah yang satu itu jugalah mereka kongsi bersama seisi keluarga.
Kesan daripada perang dan krisis kemanusiaan juga, Al-Quran yang mereka masih gunakan sudah lusuh, pudar tulisannya dan usang. Yang lagi menyedihkan adalah walaupun mereka berbahasa Arab, masih ramai lagi kanak-kanak pelarian Syria yang tidak mampu menghafal surah-surah pendek kerana mereka tidak mampu membeli Al-Quran.
Siapa yang memerlukan dan akan menerima manfaat wakaf Al-Quran dan Sejadah ini?
✅ Kanak-kanak Syria & Malaysia
✅ Pelarian Syria
✅ Saudara-saudari di Malaysia yang memerlukan
✅ Surau & Masjid
Dermawan yang disayangi Allah,
Kami telah mengedarkan bantuan Kit Ibadah seperti Al-Quran, Sejadah, Yaasin, tasbih dan kurma kepada pelarian-pelarian di perkampungan Syrian Al Hayah pada tahun lalu. Ayuh laksanakannya sekali lagi tahun ini. Berikut adalah butiran wakaf Set Al-Quran dan Sejadah untuk Syria;
- 1 Set Al-Quran & Sejadah : RM50
- 3 Set Al-Quran & Sejadah : RM150
- 5 Set Al-Quran & Sejadah : RM250
- 7 Set Al-Quran & Sejadah : RM350
- 10 Set Al-Quran & Sejadah : RM500
- Wakaf Seikhlas Hati
- Sasaran : 10,000 buah keluarga
Anda juga boleh mewakafkan set ini bagi pihak ibu ayah yang telah meninggal dunia, rakan-rakan, ahli keluarga lain malah bagi pihak diri sendiri. Anda wakaf, kami sampaikan… inshaaAllah.
Akad Wakaf: “Aku wakafkan sejumlah RM(jumlah sumbangan anda) untuk memberikan Naskah Al-Quran dan Sejadah untuk pelarian Syria yang memerlukan.”
Sabda Nabi S.A.W;
“Apabila meninggalnya anak Adam maka terputuslah segala-galanya kecuali tiga perkara iaitu doa anak soleh terhadap ibubapanya, sedekah jariah dan ilmu bermanfaat”
*Nota: Resit pelepasan cukai tidak disediakan.