Sedekah Subuh Syria

Meskipun tiada nas yang menghalang untuk tidur selepas subuh namun terdapat banyak galakan untuk menghidupkan amalan selepas subuh. Dalam sebuah hadis, Nabi SAW telah bersabda:
 

اللَّهُمَّ بَارِكْ لِأُمَّتِي فِي بُكُورِهَاوَكَانَ إِذَا بَعَثَ سَرِيَّةً أَوْ جَيْشًا بَعَثَهُمْ فِي أَوَّلِ النَّهَارِ ‏.‏ وَكَانَ صَخْرٌ رَجُلاً تَاجِرًا وَكَانَ يَبْعَثُ تِجَارَتَهُ مِنْ أَوَّلِ النَّهَارِ فَأَثْرَى وَكَثُرَ مَالُهُ. ‏

Maksudnya: Wahai Tuhan kami, berkatilah untuk umatku pada awal waktu pagi. Adalah Nabi SAW, jika Baginda menghantar briged tentera, Baginda akan menghantarnya di awal siang. Adalah Sakhr itu seorang peniaga dan beliau memulakan perniagaannya di awal siang maka telah bertambah hartanya (mendapat keuntungan).
Riwayat Abu Daud (2606). Syeikh Al-Albaani menilainya Sahih.

Demi menghidupkan Subuh kita semua dengan perkara yang tidak sia-sia dan mendatang manfaat kepada kepada orang lain serta diri kita sendiri, Malaysia for Syria ingin anda bersama-sama dalam lonjakan perubahan diri kali ini. Ayuh mulakan!

Sedekah Subuh merupakan platform yang telah diusahakan oleh Malaysia for Syria demi untuk memudahkan urusan para penderma yang prihatin untuk menjadualkan sedekah pada setiap Subuh dalam jangka masa yang telah dipilih oleh penderma itu sendiri.

Ini merupakan salah satu usaha secara terus menerus yang dilakukan bagi membantu pelarian-pelarian Syria yang secara keseluruhannya masih lagi terjejas akibat krisis kemanusiaan.

Berikut merupakan kempen yang terlibat dengan Sedekah Subuh Syria. (klik pada gambar untuk detail setiap kempen)

Kilang Roti

Misi Bantuan Musim Sejuk Untuk Syria 9.0

Jasmine Ash Sham 2.0

Jasmine Ash Sham 1.0

Tabung Kebajikan Malaysia For Syria

Waqaf Masjid As-Sabeel Syria

Tabung Sedekah Syria

Kilang Roti

Misi Bantuan Musim Sejuk Untuk Syria 9.0

Jasmine Ash Sham 2.0

Jasmine Ash Sham 1.0

Tabung Kebajikan Malaysia For Syria

Waqaf Masjid As-Sabeel Syria

Tabung Sedekah Syria

Bagaimana Sedekah Subuh ini dapat memudahkan urusan anda semua? Caranya mudah sahaja.

  1. Tekan butang Sedekah Subuh di atas.
  2. Pilih kempen yang anda ingin salurkan Sedekah Subuh.
  3. Kemudian, masukkan Nama, Email dan No Telefon anda.
  4. Pastikan perincian maklumat yang telah anda masukkan adalah tepat.

Setelah selesai, anda akan menerima email peringatan pada setiap subuh dari Malaysia for Syria untuk anda laksanakan Sedekah Subuh yang telah dipilih.

Sedekah Subuh Syria














KILANG ROTI

Demi membantu pelarian Syria yang bakal menetap di perkampungan Syrian Al-Hayah, Malaysia for Syria sekali lagi dalam proses membangunkan sebuah kilang roti berdekatan dengan perkampungan Syrian Al-Hayah tersebut.

Kilang ini merupakan salah satu inisiatif yang dijalankan oleh Malaysia for Syria bagi membantu ekonomi pelarian-pelarian Syria dengan membuka peluang pekerjaan kepada pelarian Syria yang menetap di Perkampungan Syrian Al-Hayah dan berdekatan kawasan tersebut.

Ia juga dapat memudahkan mereka untuk mendapat bekalan makanan daripada kilang tersebut sekaligus dapat mengurangkan peratusan kadar kematian pelarian Syria yang mati akibat kelaparan.

Dermawan yang disayangi Allah,
Berikut adalah butiran sumbangan untuk bagi tabung pembangunan KILANG ROTI :

  • RM200 / Slot
  • Sasaran : RM195,684
  • Penerima Manfaat : 100 buah keluarga pelarian Syrian yang tinggal di perkampungan Syrian Al Hayah dan yang berdekatan kawasan tersebut.

Jom sama-sama kita menyediakan sebuah Kilang Roti di perkampungan Syrian Al Hayah ini. Berdasarkan hadis

Maksudnya :” Sesiapa yang melepaskan saudara mukmin daripada kesusahan di dunia maka Allah akan melepaskan kesusahannya pada hari kiamat.”
Riwayat Muslim (4867) & Al-Tirmizi (1345)
Tarikh tutup : 31-1-2020

MISI BANTUAN MUSIM SEJUK UNTUK SYRIA 9.0

Musim Sejuk di Syria mampu membunuh setiap nyawa tak bersalah. Dengan suhu mencecah negative, mereka sedang bakal bertarung nyawa dalam keadaan yang serba tidak cukup.

Saban tahun, Malaysia for Syria masih aktif dalam menggerakkan projek-projek bantuan kecemasan untuk pelarian-pelarian Syria sehingga ke tahun ini.
Seperti tahun-tahun lalu, antara bantuan yang kami agihkan kepada setiap keluarga pelarian-plarian Syria adalah Tilam, Selimut Tebal, Kit Musim Sejuk, Heater, Petrol, Pek Makanan dan Makanan Panas.

Dermawan yang disayangi Allah,
Berikut adalah butiran sumbangan untuk bagi tabung pembangunan MISI MUSIM SEJUK UNTUK SYRIA 9.0 :

  • RM150 / Slot 
  • Sasaran : RM1 Juta
  • Penerima Manfaat : 34,000 orang pelarian Syria di Syria, Turki, Lubnan dan Jordan

InshaaAllah, semoga rasa simpati yang Allah titipkan dalam hati kita buat mereka yang sangat memerulkan ini sudah tersedia ganjarannya di Syurga kelak. Amin Ya Rabb.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

Maksudnya: “Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya.”
Riwayat Muslim (1631), al-Nasa’i (3651), al-Tirmizi (1376) dan Abu Daud (2880)

Sejurus itu, marilah bersama kami dalam menggerakkan Misi Bantuan Musim Sejuk untuk pelarian-pelarian Syria.

Tarikh tutup : 31-1-2021

JASMINE ASH SHAM 2.0

Selain daripada pembangunan Masjid As-Sabeel dan Kilang Roti, Malaysia for Syria turut bersimpati ke atas kesengsaraan kanak-kanak pelarian Syria yang terjejas akibat tercicir dari pendidikan sebenar yang sepatutnnya mereka dapat.

Maka, tercetusnya sebuah lagi sekolah untuk kanak-kanak pelarian Syria yang juga diberi nama sebagai Jasmine Ash Sham 2.0 yang bakal dibina di dalam kawasan Perkampungan Syrian Al-Hayah.

Jenis pendidikan yang bakal disediakan buat anak-anak pelarian Syria di Jasmine Ash Sham 2.0 ini adalah merupakan pendidikan penuh yang memenuhi setiap aspek yang diperlukan.

65% – 70% sekolah yang terdapat di Syria sudah tidak beroperasi rentetan daripada ancaman kepada kanak-kanak dan para guru yang ke sekolah akibat daripada letupan bom dan peluru berpandu yang berlaku setiap hari.

Dermawan yang disayangi Allah,
Berikut adalah butiran sumbangan untuk bagi tabung pembangunan JASMINE ASH SHAM 2.0 :

RM200 / Slot

Sasaran : RM313,094.40

Penerima Manfaat : Kanak-kanak pelarian Syria yang menetap di Perkampungan Syrian Al-Hayah dan berdekatan kawasan perkampungan tersebut.

Jom sama-sama kita menyediakan sebuah Jasmine Ash Sham di Perkampungan Syrian Al Hayah ini.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

Maksudnya: “Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.”
(Surah al-Baqarah: 261)

Oleh itu, kami ingin mengajak anda untuk bersama-sama kami dalam proses pembangunan sekolah untuk kanak-kanak Syria agar mereka dapat menjadi generasi yang cemerlang dan bakal mencatatkan 0% peratusan kanak-kanak buta huruf.

Tarikh tutup : 31-1-2021

Jasmine Ash Sham 1.0

Sekolah Jasmine Ash Sham adalah sebuah sekolah pelarian Syria yang pertama di Malaysia; ianya adalah sebuah projek dibawah Malaysia For Syria (MFS) yang ditubuhkan pada 2016 sehingga dan kini menempatkan lebih 105 orang pelajar Syria yang berumur dari 4 tahun sehingga 18 tahun di Setiawangsa, Kuala Lumpur.

Tujuan penubuhan sekolah ini adalah untuk membela nasib pendidikan anak-anak Syria yang telah melarikan diri dari negara mereka yang kian bergolak. Subjek yang dipelajari oleh anak-anak Syria di sekolah ini adalah Pendidikan Islam, Bahasa Arab, Matematik, Sais, Bahasa Mandarin, Bahasa Melayu dan segainya mengikut silibus Cambridge.

Dermawan yang budiman,
Saban tahun jumlah pelajar Syria di sekolah Jasmine Ash Sham kian meningkan dan membuatkan kos operasinya semakin meningkan.

Kos operasi yang termasuk:

  • Kos pendidikan (buku dan alat tulis)
  • Kos bill (eletrik, air dan coway)
  • Kos minyak dan tol bus sekolah
  • Kos penyelenggaraan
  • Kos pengurusan
  • Kos makanan pelajar di Jasmine Ash Sham

Sasaran bulanan RM50000.00

Tabung Kebajikan Malaysia for Syria 2020

Tabung Kebajikan Malaysia for Syria adalah salah satu inisiatif bagi memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk turut serta menyumbang dalam operasi menggerakkan projek kebajikan dan kemanusiaan anjuran Malaysia for Syria untuk pelarian-pelarian Syria di Malaysia, Turki, Jordan, Lubnan dan Syria khususnya.

Sejak September 2012 Malaysia for Syria sebagai sebuah NGO Kemanusiaan yang mana ketika itu dikenali sebagai Malaysian Life Line for Syria, dan sehingga kini M4S masih berdiri teguh demi membantu rakyat Malaysia menyampaikan sumbangan dan derma yang telah mereka kongsikan buat pelarian-pelarian Syria.

Sejurus itu, dana sejumlah RM30,000 diperlukan bagi membantu kami meneruskan usaha misi bantuan kemanusiaan dan keamanan ini. Sudilah kiranya anda bersama-sama kami berkongsi dan menginfakkan sedikit daripada harta anda untuk kos pengoperasian Malaysia for Syria.

Sedekah Seikhlas hati : RM100

Oleh itu, kami ingin mengajak anda untuk bersama-sama kami dalam proses pembangunan sekolah untuk kanak-kanak Syria agar mereka dapat menjadi generasi yang cemerlang dan bakal mencatatkan 0% peratusan kanak-kanak buta huruf.

Tarikh tutup : 31-1-2020

WAQAF MASJID AS-SABEEL.

‘Syrian Al Hayah’, itu lah nama perkampungan yang kita sedang bina di Al-Bab, Syria. Ia bakal menempatkan 100 buah keluarga pelarian Syria yang terpaksa melarikan diri dari daerah Idlib, Syria dek peperangan yang kian mengganas di negara tersebut. Tidaklah sempurna sesebuah perkampungan tanpa adanya sebuah masjid disekitarnya kan? Jadi tim Malaysia For Syria berhajat untuk menubuhkan sebuah Masjid As Sabeel, khas untuk pelarian Syria yang menetap di Syrian Al Hayah.

Tajaan Masjid As-Sabeel termasuklah tempat solat, tempat mengambil wuduk dan juga tempat mehrab untuk solat Jumaat. Masjid ini juga bakal digunakan untuk kelas agama pada waktu petang dan pada hujung minggu. Sebarang pernikahan juga bakal diadakan di Masjid As-Sabeel.

Dermawan yang disayangi Allah,
Berikut adalah butiran sumbangan untuk b agi tabung Waqaf Masjid As-Sabeel :

  • RM200 / Slot
  • Sasaran : RM100,029.00
  • Penerima Manfaat : 500 orang pelarian Syria

Jom sama-sama kita menyediakan sebuah masjid di perkampungan Syrian Al Hayah ini. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :‘Sesiapa yang membina masjid kerana Allah, Allah membina baginya rumah di syurga kelak (binaan) seumpamanya.” (Hadith riwayat Muslim).

Tarikh tutup : 31-12-2020

Tabung Sedekah Syria

“Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya.” (HR Muslim)

Dermawan yang budiman,
Peperangan di Syria telah memasuki tahun kesembilan dan kini sejumlah lebih 500,000 orang telah syahid dan hampir  7 juta pelarian dan rakyatnya yang terkesan dengan konflik kemanusiaan yang terjadi. Kanak-kanak, warga emas, apatah lagi wanita dibunuh tanpa belas ehsan.

Krisis ini menggerakkan hati kami, Malaysia For Syria  (MFS) untuk membuka tabung Sedekah Syria yang bakal meringankan beban kehidupan pelarian Syria di sekitar Syria, Turki, Jordan, Lubnan dan Malaysia.

Kenapa kita perlu membantu pelarian Syria?

  • Peperangan di Syria telah melebihi 9 tahun.
  • Lebih  70% rakyat Syria hidup didalam kemiskinan.
  • 50% kanak-kanak tidak menerima pendidikan yang sempurna.
  •  95% tidak mempunyai akses perubatan dan 70% tidak mempunyai akses dengan air bersih.

Sumbangan anda mampu untuk menyelamatkan nyawa mereka yang tidak berdosa dan membantu mereka membina kembali kehidupan seperi biasa.

Maklumat Perhubungan:
Pejabat Malaysia For Syria : +603-41443441
Unit Pendermaan : +6019-2553441

Kami berdoa semoga setiap sen yang anda (dermawan yang budiman) kongsikan akan diterima Allah dan menjadi amal jariah yang berpanjangan, Amin. Sama-sama kita berdoa semoga Allah membuka pintu hati rakyat Malaysia agar sentiasa bermurah hati untuk #BerkongsiRezeki melalui Malaysia for Syria. Amin Ya Rabb.