EN | MS

INFAK


Sekarang

Terma dan Syarat

Terma & Syarat

Di bawah adalah syarat-syarat penggunaan laman INFAK SYRIA serta hak dan kewajipan anda semasa mengakses dan atau menggunakan perkhidmatan di laman ini. Sekiranya anda mengakses laman web INFAK SYRIA ini, ia merupakan pengakuan dan persetujuan bahawa anda terikat kepada syarat-syarat dibawah, maka dengan ini, terbentuklah satu persetujuan di antara anda sebagai pelanggan, dan kami, MALAYSIA FOR SYRIA (MFS) sebagai penyedia perkhidmatan laman INFAK SYRIA ini.

PENGUMPULAN DAN PENGGUNAAN MAKLUMAT BUTIRAN PERIBADI

  1. MFS tidak akan mendedahkan apa-apa maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga melainkan MFS berhak atau dikehendaki berbuat demikian secara sah (contohnya, jika dikehendaki berbuat demikian disebabkan oleh proses undang-undang atau bagi maksud pencegahan penipuan atau jenayah lain) atau jika kami percaya bahawa tindakan itu adalah perlu untuk melindungi dan atau mempertahankan hak, keselamatan diri dan juga keselamatan negara.
  2. MFS akan mengambil data peribadi anda seperti (nama, alamat, nombor telefon dan e-mel bagi tujuan pengesahan status sumbangan yang ingin disumbang melalui penghantaran resit secara automatik melalui sistem INFAK SYRIA.
  3. MFS juga hanya akan mengunakan maklumat peribadi anda seperti yang tertera di perenggan 1 (2) bagi tujuan rekod serta pada masa yang sama turut menyebarkan berkenaan produk, kempen, berita semasa dan aktiviti terkini yang digerakkan oleh MFS.
  4. Jika anda tidak membenarkan MFS menggunakan maklumat peribadi anda bagi tujuan pemasaran, atau penjualan produk-produk dari pihak ke-tiga, penyumbang boleh menghubungi pihak MFS melalui e-mel info@malaysia4syria.org agar pihak MFS maklum serta menghentikan penggunaan e-mel tersebut secara serta merta.

POLISI PEMULANGAN DAN PEMBAYARAN SEMULA

  1. Jika berlaku kesilapan ketika anda membuat transaksi sumbangan melalui sistem INFAK SYRIA, MFS bersedia membuat pemulangan semula sumbangan selepas penolakkan berjumlah RM 1.50 bagi menanggung kos operasi seperti tertaluk didalam laman web INFAK SYRIA.
  2. Pemulangan semula wang hanya akan diproses selepas anda membuat laporan melalui e-mel info@malaysia4syria.org atau whatsapp ditalian 019-2553441. E-mel tersebut juga perlu dilampirkan bersama butiran seperti dalam perenggan 1(2) berserta dengan salinan kad pengenalan, bukti transaksi sumbangan dan butiran akaun bagi tujuan semakan jabatan kewangan MFS.
  3. Pemulangan sumbangan akan di proses dalam tempoh 14 hari waktu bekerja selepas MFS menerima lampiran dokumen yang lengkap berserta butiran peribadi seperti didalam perenggan 2 (2). Sekiranya masih belum menerima sebarang transaksi selepas 14 hari, mohon berhubung semula untuk semakan.
  4. Sebarang transaksi pemulangan wang tidak akan di proses jika pihak anda tidak memberikan kerjasama dengan melampirkan dokumen dan butiran yang diminta seperti didalam perenggan 2 (2).
  5. MFS tidak akan bertoleransi terhadap mereka yang cuba memalsukan dokumen yang diberikan. Tindakan undang-undang mengikut [Akta 574] akan diambil jika didapati segala dokumen dan butiran yang dilampirkan adalah palsu bagi tujuan penipuan.

PINDAAN POLISI PRIVASI

Sebarang perubahan melalui pindaan polisi privasi pada masa akan datang akan dipaparkan di halaman ini. Pihak MFS akan memaklumkan kepada anda melalui e-mel. Sila semak semula sebarang kemas kini perubahan pada Pernyataan Privasi kami.

PERSOALAN MENGENAI POLISI PRIVASI

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai polisi privasi INFAK SYRIA ini, anda boleh terus berhubung melalui e-mel info@malaysia4syria.org atau whatsapp di talian 019-2553441.

MALAYSIAN LIFE LINE FOR SYRIA
No pendaftaran : SSM 1147832-A

0
    0
    Infak Anda
    Tiada Infak LagiLihat Semua Kempen

    Kempen Gelombang Lailatul Qadar 2024

    1. Ramadan Al Habeeb 10.0 [Iftar for Syria]

    Rasulullah bersabda “Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa dia akan mendapat pahala yang sama dengan orang yang berpuasa dalam keadaan pahala orang tersebut tidak berkurangan sedikit pun.” (Riwayat Al-Tirmizi)

    Demi ramadan yang lebih baik buat pelarian Syria di Turki, Syria dan Lubnan.

    Set Iftar : RM20 | Set #IftarBersama : RM100 | Set Kotak Makanan : RM150 | Set Kongsi Sahur : RM150 | Farhatul Eid (Baju Raya kanak-kanak) : RM100 | Duit Raya : RM200

    Sila masukkan maklumat di di bawah untuk sertai kempen ini.

    • Format Nombor Telefon (0123456789)
    • This field is for validation purposes and should be left unchanged.

    Set Iftar: RM 20   

    • Juadah berbuka yang dapat mengenyangkan seorang dewasa.  

    Wakaf Telaga: RM 100 / Slot  

    • Mampu memberilkan sumber air bersih buat mereka di kem pelarian.  

    Al-Quran & Sejadah: RM 50  / Set 

    • Menukarkan Al-Quran & Sejadah yang lusuh kepada yang baharu.  

    Wakaf Masjid: RM 200 / Slot   

    • Infak anda mampu memberikan keselesaan buat mereka beribadah.   

    Sedekah Biri-Biri : RM100 / Bahagian

    • Daging dari biri-biri yang di sedekah mampu memberikan kegembiraan buat mereka.   

    Set Iftar : RM20

    • Juadah berbuka yang dapat mengenyangkan seorang dewasa

    Kotak Makanan : RM150

    • Makanan ruji yang sesuai untuk seisi keluarga menghadapi ramadan

    Sedekah Biri – Biri : RM100

    • Memberi kesempatan kepada pelarian syria untuk merasa daging biri – biri

    Fardhatul Eid : RM100

    • Pakaian hari raya yang serba baru untuk Pelarian Syria

    Set Iftar Palestine : RM20

    • Juadah berbuka yang dapat mengenyangkan seorang dewasa

    Air Bersih Palestine : RM100

    • Bekalan air bersih bagi meneruskan kehidupan

    Keperluan Bayi Palestine : RM150

    • Keperluan asas untuk seorang bayi

    Wakaf Telaga As-Salam : RM50/Slot

    • Mampu memberikan sumber air bersih buat mereka di kem pelarian

    Wakaf Kit Ibadah : RM50/Slot

    • Mampu memberikan alatan ibadah kepada yang memerlukan

    Wakaf Masjid : RM50/Slot

    • Penyelenggaraan Masjid As-Sabeel yang berada di Syria dan Lubnan
    Format Nombor Telefon (0123456789)

    2. Wakaf Masjid As Sabeel

    “Sesiapa yang membina masjid kerana Allah, Allah membina baginya rumah di syurga kelak (binaan) seumpamanya”. (HR. Muslim)

    Pembangunan Masjid As Sabeel ini adalah bertujuan untuk memudahkan urusan amal ibadah pelarian Syria di Syria dan Lubnan.

    RM250/ Slot Wakaf Masjid | RM500/ 2 Slot Wakaf Masjid | RM750/ 3 Slot Wakaf Masjid | RM1,000/ 4 Slot Wakaf Masjid | RM1,250/ Slot Wakaf Masjid

    Sila masukkan maklumat di bawah untuk sertai kempen ini.

    3. Wakaf Sekolah Syria

    Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Dipersilakan dengan gembira kepada penuntut ilmu, sesungguhnya penuntut ilmu diselubungi oleh para malaikat sehingga bersusun sebahagiannya ke atas sebahagiannya hingga sampai mereka kelangit dunia, lantaran cinta mereka kepada apa yang dituntutnya.” (Riwayat Ahmad, Attabarani, Ibnu Habban dan Al-Hakim)

    Jangan biarkan anak-anak jalanan di Syria menderita tanpa ilmu dan pendidikan.

    RM50/ Perabot Sekolah | RM100/ 100 Bata | RM150/ Pintu & Tingkap Sekolah | RM400/ Atap | RM500/ Lantai | RM1,000/ Tiang

    Sila masukkan maklumat di bawah untuk sertai kempen ini.

    4. Kilang Roti Ar-Rizq

    Rasulullah Bersabda “Tidak akan berkurang harta dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kemuliaan baginya.”(HR Muslim)

    Pembangunan kilang roti ini akan menjamin peluang pekerjaan dan akses makanan buat pelarian Syria yang memerlukan.

    RM200/ Slot Wakaf Kilang Roti atau wafak Seikhlas Hati .

    Sila masukkan maklumat di bawah untuk sertai kempen ini.

    5. Wakaf Telaga As Salam

    aad bin Ubadah bertanya kepada Rasulullah SAW, “Wahai Rasulullah, sedekah apa yang paling utama?” Baginda menjawab, “Memberi air (Sedekah air)” – HR Abu Daud

    Sejumlah RM600,000 diperlukan bagi pembinaan 12 buah telaga di sekitar Syria bagi tahun 2021.

    RM100 / Slot Wakaf Telaga Mawaddah 4.0 atau Wakaf Seikhlas Hati.

    Sila masukkan maklumat di bawah untuk sertai kempen ini.

    6. Wakaf Mobile Aid Truck (Trak Agihan Bantuan)

    Allah senantiasa menolong seorang hamba selama hamba itu menolong saudaranya”. (HR. Muslim)

    3 buah trak bantuan kemanusiaan diperlukan bagi memastikan urusan agihan bantuan buat pelarian Syria lebih mudah dan lancar.

    RM100 / Slot Wakaf Mobile Aid Truck atau Wakaf Seikhlas Hati.

    Sila masukkan maklumat di bawah untuk sertai kempen ini.

    7. Wakaf Al-Quran & Sejadah untuk Syria

    Sabda Nabi S.A.W; “Apabila meninggalnya anak Adam maka terputuslah segala-galanya kecuali tiga perkara iaitu doa anak soleh terhadap ibubapanya, sedekah jariah dan ilmu bermanfaat”

    Wakaf Al-Quran dan sejadah baru bagi pihak diri sendiri atau ibu ayah yang sudah meninggal dunia.

    Set Al-Quran & Sejadah: RM50 | 3 Set Al-Quran & Sejadah: RM150 | 5 Set Al-Quran & Sejadah: RM250 | 7 Set Al-Quran & Sejadah: RM350 | 10 Set Al-Quran & Sejadah: RM500

    Sila masukkan maklumat di bawah untuk sertai kempen ini.

    8. Wakaf Fasiliti Syrian Al-Hayah

    “Sesungguhnya Allah baik dan menyukai kebaikan, bersih dan menyukai kebersihan, murah hati dan senang kepada kemurahan hati, dermawan dan senang kepada kedermawanan. Kerana itu bersihkanlah halaman rumahmu dan jangan meniru-niru orang-orang Yahudi.” (Hadis Riwayat Tirmidzi)

    Keperluan penyelenggaraan perkampungan Syrian Al Hayah ini adalah untuk mencegah kerosakan yang berterusan dan mengekalkan keadaan yang baik di perkampungan ini.

    Penyelenggaraan Masjid : RM30 | Penyelenggaraan Telaga As Salam : RM30 | Penyelenggaraan kawasan perumahan : RM30 | Taman Permainan : RM50 | Jalan Tar : RM100

    Sila masukkan maklumat di bawah untuk sertai kempen ini.

    9. Infak Roti Segar

    Nabi bersabda, “Sesungguhnya orang terbaik diantara kalian adalah orang yang memberi makan”. (HR. Ibnu Sa’ad, Al-Hakim, Ath-Thabrani)

    Bantu kami agihkan roti segar buat pelarian-pelarian Syria yang memerlukan.

    RM10/ 2 Pek Roti Segar | RM50/ 5 Pek Roti Segar | RM100/ Pek Roti Segar | RM300/ 30 Pek Roti Segar | RM500/ 50 Pek Roti Segar | Infak Seikhlas Hati

    Sila masukkan maklumat di bawah untuk sertai kempen ini.