Terma & Syarat

Di bawah adalah syarat-syarat penggunaan laman INFAK SYRIA serta hak dan kewajipan anda semasa mengakses dan atau menggunakan perkhidmatan di laman ini. Sekiranya anda mengakses laman web INFAK SYRIA ini, ia merupakan pengakuan dan persetujuan bahawa anda terikat kepada syarat-syarat dibawah, maka dengan ini, terbentuklah satu persetujuan di antara anda sebagai pelanggan, dan kami, MALAYSIA FOR SYRIA (MFS) sebagai penyedia perkhidmatan laman INFAK SYRIA ini.

PENGUMPULAN DAN PENGGUNAAN MAKLUMAT BUTIRAN PERIBADI

  1. MFS tidak akan mendedahkan apa-apa maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga melainkan MFS berhak atau dikehendaki berbuat demikian secara sah (contohnya, jika dikehendaki berbuat demikian disebabkan oleh proses undang-undang atau bagi maksud pencegahan penipuan atau jenayah lain) atau jika kami percaya bahawa tindakan itu adalah perlu untuk melindungi dan atau mempertahankan hak, keselamatan diri dan juga keselamatan negara.
  2. MFS akan mengambil data peribadi anda seperti (nama, alamat, nombor telefon dan e-mel bagi tujuan pengesahan status sumbangan yang ingin disumbang melalui penghantaran resit secara automatik melalui sistem INFAK SYRIA.
  3. MFS juga hanya akan mengunakan maklumat peribadi anda seperti yang tertera di perenggan 1 (2) bagi tujuan rekod serta pada masa yang sama turut menyebarkan berkenaan produk, kempen, berita semasa dan aktiviti terkini yang digerakkan oleh MFS.
  4. Jika anda tidak membenarkan MFS menggunakan maklumat peribadi anda bagi tujuan pemasaran, atau penjualan produk-produk dari pihak ke-tiga, penyumbang boleh menghubungi pihak MFS melalui e-mel info@malaysia4syria.org agar pihak MFS maklum serta menghentikan penggunaan e-mel tersebut secara serta merta.

POLISI PEMULANGAN DAN PEMBAYARAN SEMULA

  1. Jika berlaku kesilapan ketika anda membuat transaksi sumbangan melalui sistem INFAK SYRIA, MFS bersedia membuat pemulangan semula sumbangan selepas penolakkan berjumlah RM 1.50 bagi menanggung kos operasi seperti tertaluk didalam laman web INFAK SYRIA.
  2. Pemulangan semula wang hanya akan diproses selepas anda membuat laporan melalui e-mel info@malaysia4syria.org atau whatsapp ditalian 019-2553441. E-mel tersebut juga perlu dilampirkan bersama butiran seperti dalam perenggan 1(2) berserta dengan salinan kad pengenalan, bukti transaksi sumbangan dan butiran akaun bagi tujuan semakan jabatan kewangan MFS.
  3. Pemulangan sumbangan akan di proses dalam tempoh 14 hari waktu bekerja selepas MFS menerima lampiran dokumen yang lengkap berserta butiran peribadi seperti didalam perenggan 2 (2). Sekiranya masih belum menerima sebarang transaksi selepas 14 hari, mohon berhubung semula untuk semakan.
  4. Sebarang transaksi pemulangan wang tidak akan di proses jika pihak anda tidak memberikan kerjasama dengan melampirkan dokumen dan butiran yang diminta seperti didalam perenggan 2 (2).
  5. MFS tidak akan bertoleransi terhadap mereka yang cuba memalsukan dokumen yang diberikan. Tindakan undang-undang mengikut [Akta 574] akan diambil jika didapati segala dokumen dan butiran yang dilampirkan adalah palsu bagi tujuan penipuan.

PINDAAN POLISI PRIVASI

Sebarang perubahan melalui pindaan polisi privasi pada masa akan datang akan dipaparkan di halaman ini. Pihak MFS akan memaklumkan kepada anda melalui e-mel. Sila semak semula sebarang kemas kini perubahan pada Pernyataan Privasi kami.

PERSOALAN MENGENAI POLISI PRIVASI

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai polisi privasi INFAK SYRIA ini, anda boleh terus berhubung melalui e-mel info@malaysia4syria.org atau whatsapp di talian 019-2553441.

MALAYSIAN LIFE LINE FOR SYRIA
No pendaftaran : SSM 1147832-A